Sabtu yang lepas aku berkesempatan memanjangkan langkahku menerjah pintu PWTC. Melihat buku-buku dalam dan luar negara beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing. Selepas menyelongkar dari satu dewan ke satu dewan, aku keluar membawa 5 naskah buku/novel. sebelum keluar aku sempat singgah menonton tayangan filem-filem pendek oleh sindiket Sol-Jah. Dengan bajet tidak sampai rm50 buku-buku yang sempat dimiliki adalah
1) Perempuan Semusim
2) Serikandi Suriani Abdullah
3) Haydee Santamaria
4) Louise Michel
5) Rintihan Terpendam (The Silent Cry)
InsyaAllah jika ada masa akan aku ulaskan pengalamanku mambaca buku-buku tersebut.
Wassalam..
Ikan
Sunday, April 19, 2009
Friday, April 17, 2009
OST TaleNtime
Akhirnya muncul juga, yang ditunggu-tunggu kini tiba. Ketika berjalan kaki ingin pulang, melintas dihadapan "Speedy Video" terlihat ia melambai-lambai minta dibawa pulang. Ape sangatlah 26.90 untuk membantu industri seni negara, walaupun hanya sekeping not 50.00 saja yang tinggal untuk beberapa minggu ini. Santapan halwa telinga juga penting. Dan mulai saat itu si Aizat & Atilia terus-menerus menyanyi untukku tanpa jemu, menemaniku pergi dan pulang kerja. Dan setiap kali itu lah momen-momen dalam filem talentime mula bermain di hadapanku.

dapatkan di kedai-kedai muzik berhampiran sekarang
Thursday, April 16, 2009
dan belon belon pun beterbangan..
Wednesday, April 15, 2009
Sajak-Sajak Rosak - Tolong Aku
tolong aku
aku perlu bebas
tolong aku
aku perlu kertas
tolong aku
aku perlu nafas
tolong aku
aku takut lemas
Subscribe to:
Posts (Atom)