Ikan

Showing posts with label Jiwa Muzik/Filem. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Muzik/Filem. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

pengalaman dabel trabel

Aku memang malas nak update apa2, cuma nak tepek beberapa keping gambo dan sedikit info pengalaman menonton DT2 tempoh hari.

Double Trouble 2, 1 Mei 2010, Bukit Kiara Indoor

Menurut sahabat ajk Sayap2Wings, saudara Zul Azri (tiada dalam gambar), perancangan awal konsert ini sepatutnya diadakan di Stadium Negara/Merdeka tapi ubahsuai stadium tidak dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 1 mei, maka terpaksa la mencari venue alternatif iaitu Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi Stadium Putra Bukit Jalil telah dibooking oleh Konsert Ungu yang diadakan pada tarikh yang sama. Maka disebabkan tiada pilihan lain dan tidak mahu menghampakan peminat, konsert ini diteruskan juga di Bukit Kiara.

L-R: un, nuno, kerel & shkib

Petang itu kami berlima sampai di Bukit Kiara lebih kurang dalam pukul 6 ptg. Plan awal nak datang pukul 4 nak cari spot baik konon, tapi disebabkan ada insan2 yang terlewat petang itu dan kepentingan mengisi perut dulu tu yang jadi lambat haha. Jalan sekitar Bukit Kiara Equestrian dah mula sesak. Dan aku memang tak suka venue nih sebab masalah parking dan ketiadaan pengangkutan awam. Kami terpaksa meletakkan kenderaan di Kompleks Rakan Muda dan berjalan kaki beberapa kilometer sebelum sampai ke tapak konsert. Jalam kaki tu ok lagi, sampai pertengahan jalan hujan lebat pulak kenala berlari dalam hujan. Beratur nak masuk, kamera DSLR pulak tak dibenarkan bawak masuk, takkan aku nak ulang step yang sama semula 2 kali...merayu kat brader jaga pintu buat muka 35 sen akhirnya brader tu bg gak masuk..

awie dengan lagu "Gema Di Indraloka"

Masuk dalam, dapat juga spot yang baik walaupun bukan dibahagian depan, tapi tempat tu ada kipas boleh la kering-keringkan badan lagipun belah depan bagi jelah orang-orang yang nak pogo nanti, tak larat aku. Persembahan dimulakan dengan lagu Gemuruh dan untuk cerita pasal konsert boleh baca rebiu dia surat khabar atau blog-blog lain.

brader high layan lagu

Pilihan lagu-lagu malam tersebut memang layan bukan saja daripada album DT, tapi lagu-lagu evergreen dari album lain pun turut dinyanyikan secara medley. Aku sebagai peminat-peminat biasa hanya mampu ikut lagu yang familiar saja, sambil-sambil tuh dok snap gambo gelagat manusia layan konsert dan gelagat brader high (rujuk gambo) memang menarik perhatian aku. Dan menjelang tengahmalam konsert pun tamat, semua muka nampak puas macam orang dapat kentut lepas tahan lama dalam lif, ramai juga yang tewas pengsan dalam kepanasan (nak sgt pogo amik ko..) dan aku pun puas..tapi aku tak boleh nak comparekan dengan DT1 17 tahun dulu sebab masa tu aku masih kecik lagi. Tapi aku tetap respek 2 band ni, umur semua dah tua2 tapi masih fit dan suara still tak lari jauh dan yang bestnya punya ramai umat manusia satu member yang calling2 pun aku tak jumpa dan ada member yang dah lama tak jumpa boleh pulak terjumpa malam tu..haha..itu saja tammat

Wednesday, March 31, 2010

coret-moret mac

Tak ada apa yang menarik sangat untuk dikongsi sepanjang bulan Mac ni. Selain daripada kerja-lepak rumah-kerja, tapi ada satu yang istimewa..

showcase Zee Avi

perghh memang berbaloi, walaupun pada mulanya dikhabarkan 3000 tiket sudah habis dijual, aku cuba juga masuk airasiaredtix.com dan try beli. wohooo transaksi berjaya dan aku berjaya mendapatkan tiket berharga RM55. Tiba hari yang dijadualkan aku pun gerakla ke KL Live aka Life Centre secara solo. Ingatkan senangla nak masuk mak aiii punye panjang barisan nak masuk, so berbaris dalam 10 minit akhirnya dapat gak masuk. Dah kat dalam baru terjumpa si kematz & konco2nya yang sudah bagitu gigih masuk dari awal lagi. Kali terakhir aku masuk sini beberapa tahun lepas masa showcase Search dan ruangnya agak luas berbanding dulu yang agak sempit. tapi aku rasa kedatangan penonton takdela sampai 3000 pun, saja propa kat suratkhabar.

Macam biasa samada janji melayu ke janji 1malaysia ke mesti mula lambat, dalam tiket pukul 8 mula, tunggu punya tunggu sampai lenguh pukul 9++ baru mula. Dan sejam berikutnya merupakan satu pengalaman yang indah,hebat dan sukar dilupakan. Malam tersebut Zee Avi mendendangkan 12 buah lagu disamping menunjukkan kepakaranya bermain gitar dan ukele dan lagu yang paling menarik minat aku malam tu ialah Just You & Me, First of The Gang To Die dan Date with The Night (mp3 masih berputar sampai sekarang).

Yang tak bestnya, malam tu aku cuma bawak kamera kompak pinjam daripada kakak, dan sememangnya tak boleh blah kalau kita berada dekat bahagian blakang. Kalau nak tengok gambo ke layan video nya ke boleh la ke blog kematz ni.


Foto dirembat dari kematz.blogspot.com (aku b&w kan hik3)

so, tu jela entri untuk bulan Mac ni :)

Thursday, December 24, 2009

lagu sepanjang zaman

Lagu sepanjang zaman aku, dah hampir 3 tahun dari aku mula-mula dengar lagu ni dan masih melekat sampai sekarang. Tetap berada dalam playlist personal laptop, mp3 player, handphone dan pc pejabat. Menjadi juara paling lama carta ringtone aku. Sesuai layan waktu-waktu sibuk, banyak kerja, dead line makin hampir, bos/user yang bising tak henti-henti dan waktu-waktu sunyi sepi. Lagu jazz yang tak membosankan dan sangat menenangkan jiwa. Aku harap banyak lagi artis buat lagu-lagu macam ni.

Pada Senyummu - Rosin/Radiostar (Pot Amir)
Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku
Warna hidup ini
Andai wajahmu
Tak ku sua kembali
Khabarkan lah oh angin
Hidupku tiada bererti

Berikan resahmu
Kan ku bawa nan jauh
Dapat kau lihat
Pemandangan itu
Tersimpan seribu satu
Rahsia tiada lagi
Berputar putar berguling
Riang ketawa bernyanyi
Merdu sungguh
Pada senyummu

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku
Warna hidup ini
Andai wajahmu
Tak ku sua kembali
Khabarkan lah oh angin
Hidupku tiada bererti


p/s: apa pulak lagu sepanjang zaman korang ??

Saturday, November 7, 2009

Law Abiding Citizen - Mencabar undang-undang

Synopsis
"Clyde Shelton (Gerard Butler) is a brilliant planner and inventor. One night two robbers invade his Philadelphia home and brutally kill his wife and daughter, and almost kill him. The killers are caught, and Assistant DA Nick Rice (Jamie Foxx) is assigned the case. Nick is ordered by the DA to make a deal with one of the killers to testify against his partner for a 10 year plea bargain prison sentence. Clyde doesn't want Nick to make the deal, but Nick says it was too late and the deal is done. The other killer got the death penalty. After 10 years, the other killer is released from prison, and he soon ends up dead. Clyde is arrested and kind of admits to Nick that he did it. Clyde is put in jail, and he warns Nick that he must fix the broken justice system that failed him and his family or else anyone connected to his case will soon die. Even from jail, Clyde's threats become a reality, and Nick must stop Clyde before his family is next"
Ulasan aku

Sebuah filem yang menarik. Bagaimana Clyde membuktikan terlalu lemahnya sistem perundangan sedia ada, dimana tidak ada keadilan, undang-undang dimanipulasi oleh peguam yang bijak dan akhirnya hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal diatas keganasan yang dilakukan. Selama 10 tahun Clyde merancang dengan teliti dan dapat menjalankan semua kegiatanya hanya dari dalam penjara. Beliau telah membuat perancangan yang membolehkannya tidak didakwa dan mempermainkan serta memalukan institusi mahkamah Philadelphia. Tapi pengakhiranya agak sedikit klise, sama seperti kita menonton siri Prison Break,jadi anti-klimaks disitu. Dan aku rasa jika watak Nick Rice dilakonkan oleh Denzel Washington pasti lebih terkesan.

Wednesday, November 4, 2009

cuci the musical

Aku baru pulang dari menonton teater muzikal Cuci di Istana Budaya. Bersambung...

Sent via BlackBerry®

___________________________________________________________________

Sambungan kepada entri malam tadi. Boleh dikatakan ini entri pertama separa moblog boleh? huhuh. Inilah kali pertama aku layan teater muzikal dan kali kedua menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Kali pertama semasa konsert M. Nasir beberapa bulan lepas. Boleh dikatakan puashati juga dapat tempat duduk pun dekat dengan pentas dalam 2 baris dari depan. Dari segi jalan cerita memang sama dengan versi filem cuma ditokok tambah dengan lagu dan tarian serta penampilan pelakon-pelakon baru untuk teater ini. Macam biasa beberapa point menarik/tidak:
  1. Menemui sisi lain bagi Awie yang biasa kita tonton garang,bengis & kontrol macho.
  2. Pengalaman memang membezakan lakonan mereka. Ramli Hassan, Harith Iskander, AC Mizal nampak lebih menonjol dan persembahan mereka kemas terutama dari segi lontaran suara yang jelas dalam dialog dan nyanyian & pengunaan body language. Pelakon lain juga harus diberikan kredit terutama Hans Isaac yang bukan dari latar seorang penyanyi ataupun pelakon teater.
  3. Mengaitkan isu-isu terkini secara spontan.
  4. Durasi yang terlalu panjang iaitu hampir 3 jam membuatkan aku hilang fokus, atau mungkin aku penat sebab hari bekerja :)
  5. Pilihan lagu-lagu dan prop yang menarik.
  6. Adibah Noor dapat menghidupkan suasana dengan watak farah yang 100% berbeza daripada watak yang dibawakan oleh Umie Aida dalam filem.
  7. Nyanyian pelakon latar yang lebih sedap, mungkin mereka datang daripada latar teater.
  8. Chemistry yang mantap keempat-empat teraju utama dengan dialog-dialog komedi yang segar.
Kesimpulannya memang berbaloi-baloi menonton teater muzikal Cuci ni :)

edited on 9:30 AM

Tuesday, October 6, 2009

mereka kembali dengan BACKSPACER

Yeah .. seattle sound kembali. Ya kawan2 Pearl Jam kembali untuk album ke-9 bertajuk BACKSPACER. Tak sabar nak dapatkan album ni. Dipasaran 20/09/2009. Sebelum beli kita layan dulu single pertama mereka klik sini --> The Fixer


p/s: harap dpt review daripada peminat tegar PJ : En. Arhan & En Cical

Wassalam..

Saturday, June 27, 2009

aku, auto"sera"bot & mikel jeksen

Besar tak semestinya hebat

Tengah malam (24/6) yg lepas aku sempat pegi layan transformers 2 dengan kawan-kawan di cineleasure damansara. Next day, pagi sampai petang kat opis tak boleh handle punya mengantuk. Cilake sungguh. Aku bukan nak review, cuma nak kongsi pendapat aku pasal filem ni yang bagi aku bagus tapi tak cukup hebat. Antara point-point menarik & tidak menarik bagi aku:

point-point best

1.Scene awal sejarah the fallen sampai kat scene di Shanghai.
2.Soundwave yang cool lepak kat satelite curi info dgn partnernya Ravage (nasib baik bukan tape VHS tu hahaha)
3.Megan Fox a.k.a Makeala super hot!!
4.Lakonan Shia Lebouf superb
5.Scene pertempuran dalah hutan, optimus prime kena bunuh megatron
6.Watak starcream yang kaki kipas, pengecut, mementingkan diri tapi sampah (sama macam dalam kartun)
7.CGI robot lebih detail dan lebih close-up - untuk fakta klik sini
8.Isabel Lucas a.k.a Alice "The Pretender",Decepticons human biological robot (leh tahan gaks hotnyaaa)
9.pertarungan akhir antara optimus prime dgn the fallen & gabungan prime/Jetfire(haha baru leh terbang).

point-point tak best

1.Banyak pulak lawak2 gay
2.Megan Fox a.k.a Makeala memanglah super hot!! tapi dungu, watak dia takde kepentingan dalam cerita ni. saja je nak tarik perhatian penonton (macam aku hahaha)
3. Robot twin Mudflap & Skids lawak-lawak yang menggangu sahaja.
4.Watak bumblebee byk sgt, mana yang lain Arcee,Ratchet,SideSwipe,Ironhide. Ada tapi sikit sangat. Part 1 dulu dah banyak, bagi la peluang autobot lain pulak..Prime tak boleh cakap la..dia memang hero
5.Banyak sangat robot, bukan baru tapi dah diubah oleh michel bay jadi pening nak tau mana yang baru mana yang diubahsuai. (ada juga robot recycle - kes malas nak lukis banyak la ni)
6.Parent sam yang kadang2/ memang tak lawak pun.
7.John Turturro a.k.a Simmon, lawak dia ni kadang2 ok kadang2 sampah sampai aku naik menyampah jugakla.
8.En. Micheal Bay mengarah filem ini tak begitu teliti. Banyak scene dibuat tapi tergantung (bkn sebab LPF potong)

Ini sekadar komen/pandangan daripada apa yang aku tonton, logik memang dah dari awal aku ketepikan lagipun aku bukan hardcore fan yang ikut semua siri kartunnya dulu. Harap-harap yang ketiga nanti lagi bagus.


Megan Fox a.k.a Mikela


Isabel Lucas a.k.a Alice 'The Pretender"


Michael Jackson (1958 - 2009)


Semalam dalam perjalanan ke pejabat , dengar hitz.fm & dapat tau yang MJ passed away. Agak terkejut jugak la. Aku bukan la minat sangat dia ni, hanya tahu beberapa lagu beliau saja. Tapi MJ ade kaitan dalam evolusi muzik dalam hidup aku. Aku ingat lagi dulu masa umur aku 4 ke 5 tahun..itulah pertama kali aku dengar lagu Inggeris..masa tu abg aku duduk hostel ada satu masa dia balik kg & pasang kaset dia, pastu dia cuba buat gerakan breakdance (moonwalk) kat ruang tamu aku layan kan je la..aku ingat tajuk lagu tu "peddeet"..sampai part chorus tuh aku pun nyanyi gak "pedeet..pedeet".. bila dah besar sikit baru aku tau tajuk lagu tu "Beat It"..so tu jer la kaitan aku dgn MJ nih..ade org kata dia nih dah convert muslim kalau betul aku sedekah "Al-fatihah" kalau tak betul "May His Soul Rest in Peace"..


Wassalam..

Friday, April 17, 2009

OST TaleNtime

Akhirnya muncul juga, yang ditunggu-tunggu kini tiba. Ketika berjalan kaki ingin pulang, melintas dihadapan "Speedy Video" terlihat ia melambai-lambai minta dibawa pulang. Ape sangatlah 26.90 untuk membantu industri seni negara, walaupun hanya sekeping not 50.00 saja yang tinggal untuk beberapa minggu ini. Santapan halwa telinga juga penting. Dan mulai saat itu si Aizat & Atilia terus-menerus menyanyi untukku tanpa jemu, menemaniku pergi dan pulang kerja. Dan setiap kali itu lah momen-momen dalam filem talentime mula bermain di hadapanku.


dapatkan di kedai-kedai muzik berhampiran sekarang



Wassalam..