Ikan

Thursday, December 31, 2009

au revoir 2009


"AU REVOIR 2009..BIENVENU 2010"

Peribadi
Macam-macam perkara berlaku sepanjang tahun ini ada suka dan duka. Perkara yang dah lepas kita biarkan lepas, hidup mesti diteruskan. Azam baru? heheh Aku memang orang yang tak pernah set azam tiap tahun berganti tahun, cuma target aku tahun 2010 ni yang pasti aku nak beli rumah tak kira apartment/condo/single storey/double storey + suri rumah hak3 dan aku nak ganti laptop baru menggantikan laptop HP aku yang dah usang ni.

Chelsea
Menutup tirai 2009 dengan kemenangan 2-1 keatas Fulham. Masih menduduki takhta liga namun diekori rapat Man Utd dan Arsenal. Terpaksa kehilangan beberapa orang pemain utama Januari ini yang terlibat dalam kejohanan Piala Afrika. Oh ya, pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah. Chelsea diundi bertemu Inter Milan. Kembalinya "Special One" Jose Mourinho ke Stamford Bridge..perlawanan penuh emosi ni :)

Foto Pilihan 2009
Inilah foto terekslusif dari kamera aku tahun 2009, Dato' Ct di majlis persandingan rakan sekolej aku masa diploma dulu.

28/12/2009

Thursday, December 24, 2009

lagu sepanjang zaman

Lagu sepanjang zaman aku, dah hampir 3 tahun dari aku mula-mula dengar lagu ni dan masih melekat sampai sekarang. Tetap berada dalam playlist personal laptop, mp3 player, handphone dan pc pejabat. Menjadi juara paling lama carta ringtone aku. Sesuai layan waktu-waktu sibuk, banyak kerja, dead line makin hampir, bos/user yang bising tak henti-henti dan waktu-waktu sunyi sepi. Lagu jazz yang tak membosankan dan sangat menenangkan jiwa. Aku harap banyak lagi artis buat lagu-lagu macam ni.

Pada Senyummu - Rosin/Radiostar (Pot Amir)
Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku
Warna hidup ini
Andai wajahmu
Tak ku sua kembali
Khabarkan lah oh angin
Hidupku tiada bererti

Berikan resahmu
Kan ku bawa nan jauh
Dapat kau lihat
Pemandangan itu
Tersimpan seribu satu
Rahsia tiada lagi
Berputar putar berguling
Riang ketawa bernyanyi
Merdu sungguh
Pada senyummu

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku
Warna hidup ini
Andai wajahmu
Tak ku sua kembali
Khabarkan lah oh angin
Hidupku tiada bererti


p/s: apa pulak lagu sepanjang zaman korang ??

Saturday, December 19, 2009

terjumpa monoLoque

Tengah lepak-lepak minum tengah malam. Kat meja sebelah si Loque butterfingers pun tengah melepak. Nak tegur malu, amik gambo curi sudah huhuhu. Butters mmg band idola aku, minat sejak dari zaman-zaman belaja lagi,masa tu rajin pegi gig-gig underground dengan member-member.. What a good old days ;)

Sent via BlackBerry®

Friday, December 18, 2009

walau emas tetap reformasi

Pertama, tahniah pasukan Malaysia diatas kemenangan 1-0 keatas Vietnam petang tadi, menghadiahkan emas ke-40 untuk edisi sukan SEA kali ini dan menamatkan penantian selama 20 tahun pingat emas dalam acara bolasepak, uishh lama tuh..aku baru darjah 3 time tuh. Sebak juga masa dengar lagu negaraku..tapi aku tahan la. Walaupun sekadar menang 1-0 dan jaringan sendiri pemain lawan, rakyat tetap gembira. Kalau dibaca dari status Facebook dan Twitter kawan-kawan, ramai yang mengucapkan syabas diatas kejayaan mereka tak kira melayu,india,cina,kadazan,iban dll., secara tidak langsung aku sedar yang sukan seperti bola sepak ni merupakan salah satu agen perpaduan tak kira agama,bangsa mahupun pandangan politik.


Tapi, ini baru permulaan. Kita tak harus bangga dengan pingat emas ni saja. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menaikkan ranking bolasepak negara dan kalau boleh kita mahu ke peringkat yang lebih tinggi dan berprestij seperti Piala Asia, Olimpik dan kalau boleh Piala Dunia. Untuk kearah itu, bolasepak Malaysia memerlukan REFORMASI dari peringkat pengurusan tertinggi hingga ke peringkat negeri dan kelab. Kita memerlukan muka-muka baru yang yang berkualiti dan arif selok-belok pengurusan bolasepak bukan ahli politik atau sultan yang telah lama memegang jawatan namun tak banyak sumbangan untuk memajukan sukan bolasepak. Dengan ini semua pihak seperti pemain, pegawai, pengurusan,penaja,media dan peminat akan mendapat manfaat.

Langkah pertama kita join group Facebook ni: Presiden FAM sila letak Jawatan!!!! , Ampun Tuanku.

Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru 1431H

Sekadar berkongsi, yang kadang-kadang kita terlupa. Apa azam kamu tahun mendatang ini ?

Doa akhir tahun.Dibaca 3 kali penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


Doa awal tahun.Dibaca 3 selepas solat Maghrib


p/s: layan bola layan bola gak..yg ni jangan lupa :), Happy New Year guys..

Tuesday, December 15, 2009

bola ke final - 1malaysia f1

Bolasepak Malaysia ke Final sukan SEA

pic:utusan

Semalam detik bersejarah tercipta, Malaysia melangkah ke perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA. Setelah kali terakhir mara ke final pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. Pingat perak sudah dalam gengaman namun jika dapat emas merupakan satu bonus dan mungkin dapat mengubat luka peminat-peminat bolasepak yang telah lama kecewa dengan aksi longlai pasukan negara. Sudah lama tak menonton perlawanan melibatkan pasukan negara dan semalam aku gagahkan juga, dalam hati ada juga rasa berdebar, menentang pasukan tuan rumah, Laos yang mendapat sokongan padu penonton tempatan yang memenuhkan stadium berkapasiti 20,000 orang. Pemain Malaysia terpaksa bekerja keras setelah diasak bertalu-talu oleh barisan serangan Laos. Jika 10 tahun dulu kita melihat Laos sebagai budak belasahan, kini prestasi mereka telah setaraf denga negara-negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura. Tidak hairanlah mereka mampu menumbangkan Indonesia dan seri dengan Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan. Akhirnya debaran reda selepas 93 minit perlawanan dan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 3-1. Gol-gol telah dijaringkan oleh Badrol dan syafiq (maaf aku tak dapat nak kupas lebih dalam profil mereka, mungkin aku hanya lebih arif profil pemain-pemain Chelsea barangkali).

Macam biasa, dah menang ahli politik mesti nak masuk campur, padahal mereka-meraka ini tak membantu langsung dalam pembangunan bolasepak. Bila menang, bolasepak dijadikan alat politik mereka.

Jangan lupa Khamis ini, 6 petang, balik keje awal ada live kat tv2 dan tv3. Perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam dalam misi balas dendam atas kekalahan mereka pada peringkat kumpulan dan sekaligus memenangi pingat emas yang kali terakhir diperolehi pada Sukan SEA 1989. Tapi aku masih tak mengharap sangat, kalau tak menang pun takpa aku tetap kool. Adat penonton malaysia la menang kita puji, kalah memang kena maki la hihihih.


1Malaysia F1 Team namakan pelumba.

Teka-teki terjawab akhirnya tentang siapakah bakal pelumba untuk pasukan F1 1Malaysia. Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan secara rasmi Jarno Trulli (Italy), Heiki Kovalainen (Finland) dan Fairuz Fauzy (Malaysia) sebagai pemandu pertama,kedua dan ketiga pasukan Lotus 1Malaysia ini.

kalau diikutkan aku memang tak bersetuju dengan projek F1 negara ni, membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara, pembasmian kemiskinan, penambahan subsidi dan macam-macam lagi la projek kita boleh buat dengan duit 1 billion setahun ni. Tapi sapa nak dengar pandangan insan-insan marhaen ni kan :).

pic: utusan

Alang-alang dah ada pasukan berbelanja besar macam ni kena la buat betul-betul. Dan pemilihan pemandu-pemandu berpengalaman memang penting walaupun mereka bukan warganegara Malaysia. Bengang juga kadang-kadang dengan rakyat yang nasionalis tak kena tempat, mahukan rakyat malaysia sebagai pelumba (lihat sejarah bagaimana gagalnya Alex Yoong yang ditaja berjuta, tapi nak lepas pusingan kelayakan pun susah). Pemilihan Fairuz sebagai pemandu ketiga juga bertepatan kerana prestasi beliau yang baik di Formula 3 dan dengan usia yang masih muda banyak lagi pengalaman yang boleh dikutip terutama sebagai pemandu gantian yang pasti akan menggunakan kereta dengan setting yang sama.

p/s: panjang pulak ulasan kali ni :)

Sunday, December 13, 2009

rangkuman bolasepak

Entri ini rangkuman daripada beberapa perlawanan bolasepak tempatan dan antarabangsa yang aku tak sempat (takde mood) nak update.

Chelsea:

Blackburn 4 - Chelsea 3 (League Cup)
Man. City 2 - Chelsea 1 (EPL)
Apoel Nicosia 2 - Chelsea 2 (UEFA Champion League)
Chelsea 3 - Everton 3 (EPL)

Empat perlawanan berturutan tanpa kemenangan. Masih mendahului carta liga, namun Man Utd mengekori semakin rapat (nasib baik MU kalah malam tadi) hanya dengan 3 mata. Nampaknya masalah dibahagian pertahanan kembali membelenggu pasukan Chelsea dan kemampuan Petr Cech sebagai penjaga gawang semakin dipertikaikan.

Malaysia:

Malaysia 2 - Thailand 1

Malaysia berjaya menyingkirkan Thailand daripada tempat ke separuh akhir bolasepak Sukan SEA. Ya, ini kali pertama Thailand tersingkir awal. Namun aku malas nak hype sangat, malas nak beri harapan tinggi kat Malaysia. Takut kecewa akhirnya. Kita tunggu dan lihat saja nanti. MALAYSIA BOLEH !!

Friday, December 4, 2009

bas tanjau jaya


Kembali ke tahun 96-97,

Masa ni hampir setiap hujung minggu aku lepak kat bandar BP yang jauhnya lebih kurang 1 jam perjalanan dari kampung aku. Aku cuma ade moto kapcai honda 50cc yang takde cukai jalan dan aku pulak takde lesen memandu. Jadi nak tak nak, demi untuk melepak kat summit parade dan jadi cool kononya, kenalah aku naik bas tanjau jaya. Bas ni kalau kat KL kira macam bas mini jugakla, bawak laju berani mati punya dan route jalan ikut suka driver. Tak semestinya jalan pergi sama dengan jalan balik, tapi destinasinya tetap tepat. Perkhidmatan bas ni lalu depan simpang kampung aku hanya bertahan tak sampai 10 tahun pun mula dari tahun 1993 sampai 2001. Pernah dulu tahun 2001 aku balik kampung cuti semester tunggu bas dari pukul 9 pagi sampai 1 tgh hari, baru aku tau dah takde bas lalu lagi kat depan kampung aku. syarikat bas ni tak la bungkus, cuma dah tak ambil laluan parit hamid - senggarang, tak menguntungkan katanya. Memang ya pun kalau waktu puncak pegi dan balik sekolah memang penuh tapi kalau waktu-waktu biasa kosong. Serius aku suka naik bas ni , murah rm3 je pegi balik BP. Duduk seat tepi tingkap dengan angin kuat memang layan, sambil tengok orang turun naik. Kalau nasib baik dapat duduk sebelah awek dan sampai sekarang aku masih fikir, kenapa nama kompeni bas ni Tanjau Jaya..hahaha

Sunday, November 29, 2009

Prebiu: Big Match 2


Arsenal Vs Chelsea
12.00PM (Malam ini)
ESPN-812
Arsenal 0 - Chelsea 3

Big Match lagi, setelah berjaya menewaskan Liverpool dan Man Utd kini tiba giliran satu lagi pasukan Big Four EPL, Arsenal. Arsenal tampak konsisten musim ini dengan beberapa kemenangan besar perlawanan sebelum ini. Diharap Chelsea dapat memanfaatkan peluang dimana beberapa pemain utama Arsenal seperti Van Persie dan Clinchy tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Namun kelibat perancang utama mereka Fabregas dan Arshavin harus diberi perhatian. Apa-apa pun harap Chelsea bermain mati-matian dan walau kalah sekalipun, pastikan ia kalah bermaruah.
________________________________________________________________

Ulasan pasca perlawanan

yesss !! :) Chelsea kembali menjarakkan jurang mata dengan Man Utd setelah menang 3 -0 ke atas Arsenal malam tadi. Terima kasih kepada 2 gol jaringan Drogba dan 1 gol sendiri oleh Vermallen. Corak yang ditampilkan amat berbeza malam tadi berbanding semasa pertemuan dengan United, bahagin pertahanan nampaknya semakin fokus dan kebal. Syabas ! Syabas!

edited on 30/11/2009, 8.30am

Thursday, November 26, 2009

ku harap mereka selamat


"pada ketika ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika berwuquf,
pada waktu ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika bertawaf,
pada detik ini,
aku harap mereka selamat,
selamat ketika bersaie,
selamat pergi dan selamat kembali,
kembali dengan haji yang dibarkati,"

Salam Aidiladha aku ucapkan pada semua, terutama kepada kakak & suami yang pergi menunaikan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini. Semoga dapat menjalankan ibadah dengan sabar dan diberikan kesihatan yang baik serta mendapat Haji yang Mabrur, InsyaAllah. Oh ya, tahun ini aku akan menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur, tetap bersama keluarga hanya berlainan lokasi.

Tuesday, November 24, 2009

buku rare

Jika anda mahukan buku-buku murah,berkualiti dan rare, datanglah kesini

Host : Big Bad Wolf
Start : 26/11/2009 10:00 AM
End : 02/12/2009 09:00 PM
Location: Level 3 (former cinema lot opposite McDonald's),
Amcorp Mall, 18 Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Malaysia
URL : http://www.bigbadwolfbooks.com

Monday, November 23, 2009

bunga rampai diracik-racik


"Hidup mestilah rukun...sabar paling perlu...
cinta setiap hari ..senyum mesti selalu..."

Selamat pengantin baru Has & Khair/22-11-2009/Bidor, Perak

Saturday, November 21, 2009

singa lawan serigala

Jangan lupa jam 11 malam ini disaluran ESPN 812, Chelsea akan menentang Wolverhempton. Tanpa Drogba, harap Anelka cemerlang.

________________________________________________________

Final score: Chelsea 4 - Wolves 0, bagus-bagus :)

edited on 22/11/2009, 9.50pm

Sent via BlackBerry®

Friday, November 20, 2009

tangan bertuah

Masih ingat lagi insiden "hand of god" oleh maradona pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986 antara Argentina menentang England (masa ni aku tak masuk sekolah lagi..memang la tak ingat..main guli je yang aku tau). Gol kontroversi tersebut yang membawa Argentina ke peringkat seterusnya hingga menjulang Piala Dunia.
*nampak sangat tu guna tangan..macam nak buat slam dunk je*

Kejadian tersebut berulang kembali kelmarin dalam perlawanan playoff ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan antara France menentang Ireland, dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, tetapi France layak ke Afrika Selatan dengan kelebihan aggregat 2-1. Kali ini ia telah dilakukan oleh pemain yang cukup ternama juga iaitu Thiery Henry. Walaupun ia bukanlah jaringan namun bola tampanan tangan Henry itu membolehkan rakan sepasukan William Gallas menjaringkan gol penyamaan tersebut. Bayangkanlah bagaimana perasaan pemain Ireland apabila pasukan mereka dinafikan daripada beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia dengan cara tersebut, terpaksa menunggu empat tahun lagi. Nampaknya, walaupun teknologi semakin canggih sekarang keputusan mutlak tetap berada di tangan pengadill perlawanan. Terkini, Persatuan Bolasepak Ireland menghantar memo bantahan perlawanan tersebut dan meminta perlawanan ulangan.

*mana kene wei..*

P/s: aku rasa presiden UEFA Michel Platini mesti akan sokong France sebab diakan berasal dari France dan bekas pemain kebangsaan France.

Thursday, November 12, 2009

meeting + mendung

Mengantuk dan bosan, rasa macam habis lambat meeting ni. Kat luar dah gelap nak ujan adoyaiii..meeting yang tak berkaitan sap bw tak payah la panggil aku.

Sent via BlackBerry®

Tuesday, November 10, 2009

street photography: senibina baru lama

*dari pudu raya ke pasar seni*

*kedai lama*

*hutan batu*

*titik pertemuan sungai klang & sungai gombak*

*Dayabumi*
Central Market, KL - 8/11/09

p/s: macamana nak jadikan langit warna biru?..macam ni tak dramatik lah.

Monday, November 9, 2009

street photography: warna- warni pasar seni

*minat hiasan lampunya*

*pandangan dari tingkat dua*

*cahaya dihujung lorong*

*bro Aznan - seniman jalanan *

*lagu untuk rakyat*

Central Market, KL - 8/11/09

p/s: serius kena beli lens, tak boleh blah la kit lens nih :)

Sunday, November 8, 2009

kemaman kopitiam

Lunch @ kemaman kopitiam, ioi mall.


Menu hari ini, nasi lemak + kemaman kopi ais :)

Sent via BlackBerry®

prebiu: Big Match


Pertemuan dua gergasi bola sepak Ingeris kembali lagi. Pertemuan yang boleh dianggap klasik. Jika Chelsea menang ia akan melebarkan jarak 5 mata sebagai pendahulu liga dan Manchester United jika menang akan kembali merampas takhta liga dengan kelebihan 1 mata. Aku jangkakan perlawanan yang agak berhati-hati dari kedua pasukan. Chelsea mungkin diletak sebagai pilihan, tapi mereka harus berwaspada, walaupun Man Utd musim ini dilihat kurang konsisten dan masih terasa kehilangan Ronaldo namun semangat juang mereka tinggi terutama perlawanan melibatkan big 4. Kelemahan di bahagian pertahanan harap telah diperbaiki dan Petr Cech jangan banyak buat lawak malu-malu tangkap bola. Semoga kemenangan pasukan Hoben Jang Hoben malam tadi dapat memberi inspirasi buat Chelsea. HOBEN DUDE HOBEN !!


pic:Kemungkinan kesebelasan Chelsea yang akan diturunkan (mengikut tilikan aku)
_________________________________________________________________

Ulasan pasca perlawanan

Aku masih dalam keadaan sangat mengantuk. Cari-cari port kat opis yang boleh buat tempat tido. Ya, keputusan telah diketahui. Chelsea berjaya menewaskan Man Utd 1-0. Tapi aku tak terlalu gembira dengan kemenangan ini. 60% posisi perlawanan dikuasai Man Utd. Chelsea dipaksa bertahan dan Man Utd juga telah bersedia mengekang bahangian tengah diketuai yang diketuai Micheal Carrick. Ternyata taktik mereka menjadi, formasi diamond Chelsea tidak mampu bergerak langsung. Mujur John Terry berjaya menanduk masuk bola hantaran sepakan percuma Lampard. Kemasukkan Joe cole menggantikan Deco juga tidak banyak memberikan impak. Jika prestasi seperti ini berkekalan, tampak sukar bagi chelsea untuk menjulang trofi EPL musim ini. Banyak lagi rintangan selepas ini Arsenal & Man City dll. Apa-apahal kita nyanyi dulu.. "Blue is the colour..footbal is the game.."

edited on 9.00am, 9/11/2009

gadis kaunter


gadis kaunter gsc (kandid)

Saturday, November 7, 2009

Law Abiding Citizen - Mencabar undang-undang

Synopsis
"Clyde Shelton (Gerard Butler) is a brilliant planner and inventor. One night two robbers invade his Philadelphia home and brutally kill his wife and daughter, and almost kill him. The killers are caught, and Assistant DA Nick Rice (Jamie Foxx) is assigned the case. Nick is ordered by the DA to make a deal with one of the killers to testify against his partner for a 10 year plea bargain prison sentence. Clyde doesn't want Nick to make the deal, but Nick says it was too late and the deal is done. The other killer got the death penalty. After 10 years, the other killer is released from prison, and he soon ends up dead. Clyde is arrested and kind of admits to Nick that he did it. Clyde is put in jail, and he warns Nick that he must fix the broken justice system that failed him and his family or else anyone connected to his case will soon die. Even from jail, Clyde's threats become a reality, and Nick must stop Clyde before his family is next"
Ulasan aku

Sebuah filem yang menarik. Bagaimana Clyde membuktikan terlalu lemahnya sistem perundangan sedia ada, dimana tidak ada keadilan, undang-undang dimanipulasi oleh peguam yang bijak dan akhirnya hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal diatas keganasan yang dilakukan. Selama 10 tahun Clyde merancang dengan teliti dan dapat menjalankan semua kegiatanya hanya dari dalam penjara. Beliau telah membuat perancangan yang membolehkannya tidak didakwa dan mempermainkan serta memalukan institusi mahkamah Philadelphia. Tapi pengakhiranya agak sedikit klise, sama seperti kita menonton siri Prison Break,jadi anti-klimaks disitu. Dan aku rasa jika watak Nick Rice dilakonkan oleh Denzel Washington pasti lebih terkesan.

grafiti

Grafiti demo in conjunction with The Grafiti Challenge 2009. This event will be held in Summit USJ next Saturday.

Sent via BlackBerry®

Thursday, November 5, 2009

Ulangtahun Sesame Street ke-40

Pic: Original Sesame Street cast

Bila bukak web google hari ni, ada lagi theme, macam kenal makhluk nih. Baru aku tau hari ni ulangtahun ke-40 rancangan Sesame Street. Masa budak-budak dulu mesti ramai yang kenal watak-watak macam Big Bird, Elmo dan hafal lagu tema sesame street tuh. Dah tua rupanya mereka nih :).. Jom baca baca sejarah Sesame Street. Bagi meraikan ulangtahun ni, pihak Google akan menggunakan tema sesame street dalam enjin carian mereka selama 10 hari. Sambutan besar-besaran juga akan diadakan pada hari ini, malahan Wanita Pertama Michelle Obama juga akan turut serta dalam episod pertama untuk musim ke 41 :)


5/11/2009

6/11/2009


7/11/2009

8/11/2009

9/11/2009

10/11/2009


p/s: Dulu aku ada t-shirt elmo..bila pakai gadis cakap cute hahahah..

edited on 2.50pm, 10/11/2009

Wednesday, November 4, 2009

liga juara-juara eropah (fasa kumpulan)

Keputusan liga juara-juara eropah peringkat kumpulan yang berlangsung pagi tadi:

Kumpulan A
Maccabi Haifa 0 - 1 Juventus
Bayern Munich 0 - 2 Bordeaux

Kumpulan B
Manchester United 3 - 3 CSKA Moscow
Besiktas 0 - 3 VfL Wolfsburg

Kumpulan C
AC Milan 1 - 1 Real Madrid
Marseille 6 - 1 FC ZüricH

Kumpulan D
Apoel Nicosia 0 - 1 FC Porto
Atlético Madrid 2 - 2 Chelsea

Kumpulan E
Fiorentina 5 - 2 Debrecen
Lyon 1 - 1 Liverpool

Kumpulan F
FK Rubin Kazan 0 - 0 Barcelona
Dynamo Kiev 1 - 2 Internazionale

Kumpulan G
Sevilla FC 1 - 1 VfB Stuttgart
Unirea Urziceni 1 - 1 Rangers

Kumpulan H
Arsenal 4 - 1 AZ Alkmaar
Standard Liege 2 - 0 Olympiakos

Drogba kembali dari penggantungan 2 perlawanan dengan menjaringkan 2 gol pagi tadi (pic:soccernet.com)

p/s: Chelsea & Man Utd telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya walaupun masih berbaki dua perlawanan kumpulan, Arsenal dijangka layak jika menang perlawanan pagi esok. Manakala Liverpool mesti menang jika ingin ke pusingan seterusnya.. keep your finger cross liverpool fan huhuhu..

p/p/s:Keputusan terkini akan dikemaskini kemudian :)
______________________________________________________________

Keputusan terkini, Arsenal telah berjaya menempah tempat ke pusingan seterusnya setelah menewaskan AZ Alkmaar4-1. Nasib Liverpool pula kelihatan seperti telur dihujung tanduk apabila hanya mampu seri 1-1 dengan lyon. Liverpool hanya mampu ke peringkat seterusnya jika menang dua perlawan perlawanan terakhir sambil mengharapkan Fiorentina akan kalah dua perlawanan terakhir mereka. Satu misi yang agak mustahil, tapi dalam bolasepak macam-macam boleh jadi.

Wassalam..

Edited on 9:15AM, 5/11/2009

cuci the musical

Aku baru pulang dari menonton teater muzikal Cuci di Istana Budaya. Bersambung...

Sent via BlackBerry®

___________________________________________________________________

Sambungan kepada entri malam tadi. Boleh dikatakan ini entri pertama separa moblog boleh? huhuh. Inilah kali pertama aku layan teater muzikal dan kali kedua menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Kali pertama semasa konsert M. Nasir beberapa bulan lepas. Boleh dikatakan puashati juga dapat tempat duduk pun dekat dengan pentas dalam 2 baris dari depan. Dari segi jalan cerita memang sama dengan versi filem cuma ditokok tambah dengan lagu dan tarian serta penampilan pelakon-pelakon baru untuk teater ini. Macam biasa beberapa point menarik/tidak:
  1. Menemui sisi lain bagi Awie yang biasa kita tonton garang,bengis & kontrol macho.
  2. Pengalaman memang membezakan lakonan mereka. Ramli Hassan, Harith Iskander, AC Mizal nampak lebih menonjol dan persembahan mereka kemas terutama dari segi lontaran suara yang jelas dalam dialog dan nyanyian & pengunaan body language. Pelakon lain juga harus diberikan kredit terutama Hans Isaac yang bukan dari latar seorang penyanyi ataupun pelakon teater.
  3. Mengaitkan isu-isu terkini secara spontan.
  4. Durasi yang terlalu panjang iaitu hampir 3 jam membuatkan aku hilang fokus, atau mungkin aku penat sebab hari bekerja :)
  5. Pilihan lagu-lagu dan prop yang menarik.
  6. Adibah Noor dapat menghidupkan suasana dengan watak farah yang 100% berbeza daripada watak yang dibawakan oleh Umie Aida dalam filem.
  7. Nyanyian pelakon latar yang lebih sedap, mungkin mereka datang daripada latar teater.
  8. Chemistry yang mantap keempat-empat teraju utama dengan dialog-dialog komedi yang segar.
Kesimpulannya memang berbaloi-baloi menonton teater muzikal Cuci ni :)

edited on 9:30 AM

Saturday, October 31, 2009

indomie single satu !!!

Indomie terbaik adalah indomie dekat Bestari, Desa Hartamas. Memang sesuai menjadi hidangan makan tengah malam. Ada juga indomie burger, terbaik juga.

Sent via BlackBerry®

Monday, October 26, 2009

ulasan sukan (luar negara) hujung minggu

Ada beberapa rangkuman sukan menarik untuk dikongsi minggu ini:

1. EPL - Chelsea 5 - Blackburn 0
Chelsea kembali mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah berjaya menumpaskan Blackburn Rovers 5-0 di Stamford Bridge. Sebagai peminat tegar Chelsea, aku amat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain-pemain The Blues. Terutama Joe Cole yang baru kembali dab menunjukkan persembahan cemerlang setelah berehat selama 10 bulan akibat kecederaan dan Frank Lampard yang menemui semula sentuhan jaringan apabila menjaringkan gola pertamanya untul liga musim ini. Kekalahan Manchester United kepada Liverpool dan keputusan seri melibatkan perlawanan Manchester City dan Arsenal membolehkan chelsea berada dalam keadaan agak selasa, kelebihan 2 mata daripada Manchester United. Semoga The Blues akan terus menegkalkan prestasi hingga akhir musim.

Frank Lampard (pic:soccernet.com)
2. THE DOCTOR - juara dunia kali ke-9
Lagenda MotoGP, Velentino Rossi atau nicknamenya The Doctor berjaya menjadi juara keseluruhan MotoGP buat kali ke-9 walaupun mendapat tempat ke-3 pada GP Malaysia semalam. Aku tak berkesempatan menonton secara live di Sepang, hanya menonton di tv saja. Walaupun bermula di petak pertama, Rossi dilihat menunggang secara berhati-hati akibat litar basah. Kejuaraan GP Malaysia tahun ini di menangi oleh Casey Stoner dari Australia yang menunggang Ducati dan Dani Pedrosa dari Spanyol yang menunggang Honda ditempat ke-2. Bagi kelas 125CC penunggang tiket wild-card dari Malaysia menunjukkan persembahan yang membanggakan apabila menduduki tempat ke-16 dan ke-20 daripada 33 pelumba.


the doctor (Pic: Utusan)




Wassalam..

Sunday, October 25, 2009

cuci berbaloi-baloi

Minggu ni balik kampung, ambil sekali peluang cuci kereta kat pt daun. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni cuci kat sini memang berbaloi-baloi dan cukup puas hati. Oh ya nama tempat ni RIZAL CAR WASH

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 24, 2009

pasar pagi

Setiap pagi sabtu adalah hari pasar pagi di Senggarang. Macam-macam barang dijual di pasar pagi ni daripada barang keperluan harian hinggalah ke pakaian,mainan kanak-kanak dan cd cetak rompak. Masa kecil dulu setiap minggu mak bawak pegi pasar minggu, kami pergi naik motosikal je. Barang wajib dibeli setiap minggu selain barang dapur ialah jagung rebus,putu bambu,apam balik & majalah gila-gila hak3.



P/s: Gila-Gila sekarang dah tak best macam dulu zaman-zaman ujang & kawan-kawan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.