Ikan

Wednesday, July 22, 2009

senja di horizon

Sekadar nak kongsi permandangan laut. Sabtu lepas sedang elok nak tunggu game Man Utd - Malaysia XI tiba-tiba bekalan elektrik putus. Mati kutu kejap kat kampung, bosan ya amat. Ingat nak turun bandar tapi fikirkan balik apa je pun ada setakat mall-mall, kat KL pun ada. Buat keputusan pergi kepantai, haha.. jangan tak caya lebih kurang 10-15 km dari kampung aku tu ada pantai. aku pun dah lama tak pegi sebab agak kurang cantik, cukuplah kalau sekadar nak ambil angin. Pantai ni nama dia Pantai Berangan atau Pantai Punggor, terletak kat Punggor, Rengit. Jangan tanya aku kenapa namanya Pantai Berangan sebab aku pun tak tau asal usulnya, dongeng-dongeng rakyat pun takde rasanya. Mak aku pun tak dapat bagi jawapan yang meyakinkan mengenai sejarah nama pantai ni. Pertama kali ke pantai ni masa tingkatan tiga, pergi ramai-ramai buat kajian tempatan untuk subjek Geografi. Lepas SPM dah ade motor kapcai rajin jugak datang sini, kawan-kawan kata sini port awek-awek kilang melepak hujung minggu :). ..tapi tu dulu la.


dulu ni pantai, tapi sebab hakisan kena buat benteng.


benteng menghalang hakisan


port berdating


sekeluarga memancing (cuba buat silhouette tapi tak jadi)


Sunset..


nelayan pulang..

Wassalam..

Tuesday, July 21, 2009

malang berbau hangit

Hujung minggu lepas, dalam perjalan pulang dari Batu Pahat aku telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan 3 buah kereta di KM 261 , Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat-dekat Senawang.Kereta aku jadi sandwich kat tengah-tengah. Punca, kereta depan brek mengejut, aku sempat brek sampai bau hangit gile, tapi kereta belakang tak sempat. Belakang kene sondol dan impaknya kereta aku sondol kereta depan. Buat masa ni kereta hantar repair kat bengkel dan tak tau bila siap..Alhamdullilah aku tidak mendapat sebarang kecederaan zahir atau batin.



p/s: mintak maaf jika aku menyebabkan traffic jamm pada hari itu..:)

Wassalam..

Saturday, July 11, 2009

Kan bagus kalau..

Satu dua hari ni aku rasa tak sihat..selsema la (bukan selsema babi ye .. dan babi pun tak selsema..pernah dgr babi bersin?? hahaha). Tapi memang takde rasa nak buat kerja, ada dua tiga isu aku lepaskan aja. Tukar status daripada Open ke Work In Progress. Tukar priority 2 ke 4..mungkin minggu depan baru aku layan. Segala meeting & jika ada aku nak reschedule. Petronas pun dah keluarkan amaran penularan H1N1 di Tower 1, KLCC. seorang staff dah di masukkan ke hospital.Sebagai langkah berjaga-jaga duduk saja dipejabat buat neskafe panas..ambil dua tiga keping biskut Hwa Tai..telan 2 biji panadol & layan YouTube..forum LYN..Facebook..Twitter..Soccernet..OhArtis..OhBulan dll. Kan bagus kalau dapat bercuti ..tapi musim panas macam skarang ni aku tak suka pantai..di kawasan tanah tinggi barangkali..


Pine Resort, Kundasang (aku rembat je gambo ni kat google). Best agaknya bercuti kat sini, menikmati pemandangan dan menghirup udara nyaman sambil minum teh panas & scone. Baca novel New Moon, sumbat telinga dengan earphone dan mainkan lagu Yuna " You're like a rocket in my mind........." - Rockets


Wassalam..