Ikan

Showing posts with label Cinta Buku. Show all posts
Showing posts with label Cinta Buku. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

buku rare

Jika anda mahukan buku-buku murah,berkualiti dan rare, datanglah kesini

Host : Big Bad Wolf
Start : 26/11/2009 10:00 AM
End : 02/12/2009 09:00 PM
Location: Level 3 (former cinema lot opposite McDonald's),
Amcorp Mall, 18 Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Malaysia
URL : http://www.bigbadwolfbooks.com

Sunday, May 10, 2009

buku-buku alternatif

Tadi aku sempat meluangkan masa ke Kuala Lumpur Alternative Book Fest (KLABF) yang telah diadakan di Annexe Galery, Pasar Seni. Rasa banyak buku nak dibeli, tapi kekangan bajet menyebabkan hanya beberapa naskahah buku dan dvd saja dapat disambar kali ini. Antaranya

1) Perempuan Simpanan - Sindiket Sol-Jah
2) Kacip - Pipiyapong
3) Sajak-sajak Salleh - Salleh Joned
4) Lelaki Komunis Terakhir - Amir Muhammad (DVD)
5) Malaysian Gods - Amir Muhammad (DVD)
6) The Amber Sexaloggy - Azharr Rudin (DVD)

Keluar CM, di parkir kereta. Penuh najis burung di bumbung dan tingkap depan kereta..arghhh..tensi-tensi.


buku-buku


dvd-dvd
Wassalam.

Sunday, April 19, 2009

berpesta dengan buku..

Sabtu yang lepas aku berkesempatan memanjangkan langkahku menerjah pintu PWTC. Melihat buku-buku dalam dan luar negara beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing. Selepas menyelongkar dari satu dewan ke satu dewan, aku keluar membawa 5 naskah buku/novel. sebelum keluar aku sempat singgah menonton tayangan filem-filem pendek oleh sindiket Sol-Jah. Dengan bajet tidak sampai rm50 buku-buku yang sempat dimiliki adalah
1) Perempuan Semusim
2) Serikandi Suriani Abdullah
3) Haydee Santamaria
4) Louise Michel
5) Rintihan Terpendam (The Silent Cry)

InsyaAllah jika ada masa akan aku ulaskan pengalamanku mambaca buku-buku tersebut.

Wassalam..