Ikan

Showing posts with label Sajak Rosak. Show all posts
Showing posts with label Sajak Rosak. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

ku harap mereka selamat


"pada ketika ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika berwuquf,
pada waktu ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika bertawaf,
pada detik ini,
aku harap mereka selamat,
selamat ketika bersaie,
selamat pergi dan selamat kembali,
kembali dengan haji yang dibarkati,"

Salam Aidiladha aku ucapkan pada semua, terutama kepada kakak & suami yang pergi menunaikan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini. Semoga dapat menjalankan ibadah dengan sabar dan diberikan kesihatan yang baik serta mendapat Haji yang Mabrur, InsyaAllah. Oh ya, tahun ini aku akan menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur, tetap bersama keluarga hanya berlainan lokasi.

Monday, May 25, 2009

misteri simpang ampat (based on a true story)

jarum pendek tepat diangka 12
si wira berderum laju
tiba di satu tempat
dia terdengar bunyi
aku turut kaget
kami terhidu bauan
tidak aneh tapi menakutkan

dia cuba melolong minta tolong
kemudian datang dua lembaga
si wira ditarik dan diheret
hingga ke daerah yang asing bagi kami
sang lembaga membawanya berjumpa penunggu

dia membuat perjanjian
penunggu membawa kami ke tempat dituju
tapi dengan syarat,dengan pengeras
datang kembali selepas dua hari
membawa bunga emas untuk menebus si wira

p/s: cerita kereta abg ipar aku rosak (timing belt putus) dekat kawasan Simpang Ampat dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat hujung minggu lepas. Terpaksa kene tow Plus Ronda (lembaga), dibawa ke bengkel kroni Plus Ronda, brader(penunggu) bengkel tu sanggup hantar ke bp. Kereta siap dalam 2 hari, lepas tuh kena charge tak ingat la..

Wassalam..

Friday, May 22, 2009

kronologi hari-hari sebelum gaji

19
dia mula rasa resah
segala tindakan jadi serba salah
segala masalah dia tak ambil kisah
20
dia mula jadi marah-marah
aku tegur dia buat tak endah
jalan sedikit dah mula lelah
21
rasa resah bertukar gundah
aku kata sabar tak perlu gubrah
dia kata tak boleh nanti aku parah
22
hantu di sana dah mula menjengah
dia dah bersedia seribu satu helah
segala sudut dah habis diperah
23
muka dia tiba-tiba berubah
sebelum ni merah kini dah cerah
bolehlah terlunas apa-apa yang terlengah

bilik, 12.45AM


Wassalam..

Wednesday, May 13, 2009

Cerita 13 Mei

13 Mei 1969
tarikh ini tarikh keramat
arwah pakcik aku kata tarikh ini sungguh hebat
dia seorang polis di Kuala Lumpur ketika itu tapi aku tak pasti apa pangkat
orang melayu semua sepakat
tak kira parti semua sahabat

13 mei 2009
diluar pejabat hujan makin lebat
selepas 40 tahun orang melayu masih banyak yang melarat
kepala di atas sudah tak sepakat
hingga sanggup hilang sahabat
keluar masuk berebut tempat
semua nak tunjuk siapa paling hebat

aku harap melayu selamat
aku harap melayu selamat
aku harap melayu selamat

menara perak, 3.00pm
p/s: hentikanlah persengketaan wahai bangsa-bangsaku di Perak khasnya dan di Malaysia amnya.


Wassalam..

Thursday, April 16, 2009

dan belon belon pun beterbangan..


Belon ini ingin cepat pulang
dibawahnya lautan manusia memerhati
penuh ketaksuban

Wednesday, April 15, 2009

Sajak-Sajak Rosak - Tolong Aku

tolong aku
aku perlu bebas
tolong aku
aku perlu kertas
tolong aku 
aku perlu nafas
tolong aku
aku takut lemas