Ikan

Showing posts with label Moblog. Show all posts
Showing posts with label Moblog. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

midy on Tumblr

guys, kalau aku takde kat sini kemungkinan besar aku ada kat TUMBLR.. saja nak explore new thing. Banyak pulak blog , macam rajin nak update sengalll... klik ke tumbler aku -> my Tumblr

Saturday, December 19, 2009

terjumpa monoLoque

Tengah lepak-lepak minum tengah malam. Kat meja sebelah si Loque butterfingers pun tengah melepak. Nak tegur malu, amik gambo curi sudah huhuhu. Butters mmg band idola aku, minat sejak dari zaman-zaman belaja lagi,masa tu rajin pegi gig-gig underground dengan member-member.. What a good old days ;)

Sent via BlackBerry®

Saturday, November 21, 2009

singa lawan serigala

Jangan lupa jam 11 malam ini disaluran ESPN 812, Chelsea akan menentang Wolverhempton. Tanpa Drogba, harap Anelka cemerlang.

________________________________________________________

Final score: Chelsea 4 - Wolves 0, bagus-bagus :)

edited on 22/11/2009, 9.50pm

Sent via BlackBerry®

Thursday, November 12, 2009

meeting + mendung

Mengantuk dan bosan, rasa macam habis lambat meeting ni. Kat luar dah gelap nak ujan adoyaiii..meeting yang tak berkaitan sap bw tak payah la panggil aku.

Sent via BlackBerry®

Sunday, November 8, 2009

kemaman kopitiam

Lunch @ kemaman kopitiam, ioi mall.


Menu hari ini, nasi lemak + kemaman kopi ais :)

Sent via BlackBerry®

Saturday, November 7, 2009

grafiti

Grafiti demo in conjunction with The Grafiti Challenge 2009. This event will be held in Summit USJ next Saturday.

Sent via BlackBerry®

Wednesday, November 4, 2009

cuci the musical

Aku baru pulang dari menonton teater muzikal Cuci di Istana Budaya. Bersambung...

Sent via BlackBerry®

___________________________________________________________________

Sambungan kepada entri malam tadi. Boleh dikatakan ini entri pertama separa moblog boleh? huhuh. Inilah kali pertama aku layan teater muzikal dan kali kedua menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Kali pertama semasa konsert M. Nasir beberapa bulan lepas. Boleh dikatakan puashati juga dapat tempat duduk pun dekat dengan pentas dalam 2 baris dari depan. Dari segi jalan cerita memang sama dengan versi filem cuma ditokok tambah dengan lagu dan tarian serta penampilan pelakon-pelakon baru untuk teater ini. Macam biasa beberapa point menarik/tidak:
  1. Menemui sisi lain bagi Awie yang biasa kita tonton garang,bengis & kontrol macho.
  2. Pengalaman memang membezakan lakonan mereka. Ramli Hassan, Harith Iskander, AC Mizal nampak lebih menonjol dan persembahan mereka kemas terutama dari segi lontaran suara yang jelas dalam dialog dan nyanyian & pengunaan body language. Pelakon lain juga harus diberikan kredit terutama Hans Isaac yang bukan dari latar seorang penyanyi ataupun pelakon teater.
  3. Mengaitkan isu-isu terkini secara spontan.
  4. Durasi yang terlalu panjang iaitu hampir 3 jam membuatkan aku hilang fokus, atau mungkin aku penat sebab hari bekerja :)
  5. Pilihan lagu-lagu dan prop yang menarik.
  6. Adibah Noor dapat menghidupkan suasana dengan watak farah yang 100% berbeza daripada watak yang dibawakan oleh Umie Aida dalam filem.
  7. Nyanyian pelakon latar yang lebih sedap, mungkin mereka datang daripada latar teater.
  8. Chemistry yang mantap keempat-empat teraju utama dengan dialog-dialog komedi yang segar.
Kesimpulannya memang berbaloi-baloi menonton teater muzikal Cuci ni :)

edited on 9:30 AM

Saturday, October 31, 2009

indomie single satu !!!

Indomie terbaik adalah indomie dekat Bestari, Desa Hartamas. Memang sesuai menjadi hidangan makan tengah malam. Ada juga indomie burger, terbaik juga.

Sent via BlackBerry®

Sunday, October 25, 2009

cuci berbaloi-baloi

Minggu ni balik kampung, ambil sekali peluang cuci kereta kat pt daun. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni cuci kat sini memang berbaloi-baloi dan cukup puas hati. Oh ya nama tempat ni RIZAL CAR WASH

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 24, 2009

pasar pagi

Setiap pagi sabtu adalah hari pasar pagi di Senggarang. Macam-macam barang dijual di pasar pagi ni daripada barang keperluan harian hinggalah ke pakaian,mainan kanak-kanak dan cd cetak rompak. Masa kecil dulu setiap minggu mak bawak pegi pasar minggu, kami pergi naik motosikal je. Barang wajib dibeli setiap minggu selain barang dapur ialah jagung rebus,putu bambu,apam balik & majalah gila-gila hak3.



P/s: Gila-Gila sekarang dah tak best macam dulu zaman-zaman ujang & kawan-kawan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 23, 2009

collectible

Huhu orang lain nak kumpul aku pun nak kumpul. Dapatkan sementara stok masih ade. Tapi aku takla kumpul 1 set 1 bijik dah laa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 21, 2009

hujan lagi di KL

Belum sempat balik, baru kemas-kemas, hujan kat luar dah mencurah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 19, 2009

sesak..hujan petang

Hujan lebat di KL petang ni, jalan agak sesak. Mujur keluar awal. Harap-harap perjalanan lancar sampai kerumah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

nasi lemak A++

Nasi lemak terbaik utk breakfast. Stall depan menara HLA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 18, 2009

tomyam berapi

Menu makan mlm hari ni nasi putih, tomyam ayam berapi,telur mata, air teh ais. Makan kat restoran kat BK ni je

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

sembang malam

Sembang malam di bestari,desa hartamas. Malam ni chelsea kalah 2-1 kepada aston villa. Macam biasa pelbagai topik dibincangkan ada yang serius dan ade yang sekadar sembang kosong. Cerita-cerita bola,kereta,perempuan, kerja dan macam-macam lagi.Ahli-ahli meja bulat yang hadir aby,ijat,cical,khu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 17, 2009

cuci

Sambil tunggu kereta dicuci, harap2 petang ni tak hujan. Nasib baik ade kedai cuci kereta melayu, aku lupa yg hari ni deepavali byk kedai tutup. Cuci kereta kat kl setakat ni takde yang boleh lwan cuci kereta kat pt daun,bp. Terbaik gile.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 16, 2009

kepadaMu ku bersujud

Lokasi: Masjid Al-Syakirin

Masa: Sebelum solat Jumaat

Tajuk Khutbah: Alam Persinggahan





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

cuti

Haih.. Bila user cuti, kita plak tak cuti bosan gak. Habis dah baca paper semua, game fb pun dah abis main. Mengantuk dan blur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 12, 2009

Test moblog

Post via blackberry


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.