Ikan

Showing posts with label Jalan/Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan/Makan. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

bangkok dangerous

Amacam tajuk ? seram tak? haha ini takde kaitan dengan filem Bangkok Dangerous ataupun keadaan huru-hara di Bangkok kebelakangan ni. Awal bulan Julai lepas aku kena pergi ke sana atas urusan kerja. Aku yang huru-hara, 1 hari 1 malam. Hanya untuk mesyuarat projek kick-off. Memang tak menarik, jadi bidan terjun untuk projek yang bermasalah ni. Apa aktiviti yang boleh dilakukan? sampai airport - ambil teksi ke hotel - check in - tido. Pagi, meeting sampai ke petang - ambil teksi - ke airport dan balik semula ke KL. Memang letih. Mungkin lepas ni ke sana lagi untuk sesi UAT dan training tapi date tak confirm lagi.

*teksi yang berwarna-warni*

*Pe*ronas Thailand sebelah bangunan biru tu, 5 min dari hotel*

*menginap 1 malam dia Sommerset Hotel*

*bilik mewah tapi sayang menginap 1 malam je, kalau 1 bulan baru syok hak3*

Wednesday, July 28, 2010

entri tertunda - Bali (day 4 - finale)

29/5/2010

Hari terakhir, hari ni tak kemana-mana, bangun pun dah pukul 10 pagi. Malam tadi ronda-ronda Kuta tengok night life balik dalam pukul 3 pagi. Aktiviti hari terakhir hanyalah sambung beli-belah souvenir. Siap-siap terus ke mall Matahari, angkat beberapa helai t-shirt & cendramata. Makan tengahari di Restoren murah dan makanan pun sedap. Ronda-ronda bermotosikal je. Balik hotel kemas-kemas dan rehat. Dalam pukul 4 petang minta rakan hantar ke airport Ngurah Rai. Beliau tak balik sama sebab nak belajar surfing katanya tambah lagi 2 hari di sana. Duduk menunggu flight sampai pukul 8 malam dan selamat kembali ke malaysia. Tiba di LCCT dalam pukul 12 tengah malam.

*dalam Mall Matahari*

*macam-macam ada dari baju sampai ke key chain..ada yang mahal & ada yang murah*

*ronda-ronda town sewa motor je, RP50K untuk 24 jam. Lesen ke helmet ke tak wajib janji pulas jalan *

*Warung Muslim Hasri, kalau turun Bali makan la kat sini gerenti sedap & murah*

*total = 13K murahkan? rasa pun macam lauk pauk kat Malaysia. Tapi aku syak makanan kat Malaysia yang macam kat sana sebab ramai hire indon jd tukang masak warung*

*sebelum balik sempat singgah monumen tragedi bom pada 2001 yang meragut ratusan nyawa clubbers*

p/s: last day malas bawak kamera, pakai kamera bb je.

Sunday, July 18, 2010

entri tertunda - Bali (day 3)

28/5/2010

Dolphin dan Pantai Lovina
Hari ke-3, kalau ikut plan asal nak ke Pulau Nusa Lembongan tapi sebab kawan sudah lari bajet dan aku tak berapa berminat aktiviti-aktiviti snorkling ni kami pun tukar plan, iaitu main kejar-kejar dolphin dikala fajar menyinsing. Untuk aktiviti kejar-kejar dolphin ni perlu dilakukan di Pantai Lovina dan waktu dolphin ni muncul ke permukaan dalam pukul 6.30 - 8.00 pagi. Yang mencabarnya adalah perjalanan dari kuta ke lovina. perjalanan mengambil masa 3 jam naik kereta/van, jadi seawal pukul 3.30 pagi kami dah keluar. Jalannya pulak bukan highway tapi jalan biasa macam nak naik cameron highland, pehh memang tak dapat tido la, si supir nih pulak bawak macam tak ingat akhirat. Sampai Lovina dalam pukul 6.15 pagi kemudian mandi-mandi dan solat subuh selepas itu kami kena pulak pergi cari bot untuk disewa, kejar pakai bot ok bukan berenang. Harga 1 bot kecil tambah bawak pegi kejar-kejar dolphin selama 2 jam adalah sebanyak RP200,000 sekepala. Bot pun dah disewa, dalam pukul 6.45 kami pun bergerak ke tengah laut, laut di pantai Lovina ni agak tenang berbanding di Pantai Kuta. Bersama-sama kami bergerak, terdapat berpuluh-puluh bot juga mula membuat gerakan yang sama. Bila sampai di bahagian tengah sedikit akan ternampak la sekumpulan dolphin berenang-renang dengan sinkronasi yang sama dan kadang-kadang melompat tinggi, kemudian masuk semula kedalam air, kami pun tunggu lagi kumpulan dolphin yang lain kejar dan itulah aktiviti berulang kali dijalankan selama lebih kurang 2 jam.
*ketika fajar menyinsing*

*berbondang-bondang menuju ketengah lautan*

*boleh tahan susah gak nak tangkap gambo dolphin tengah lompat*

*kalau gua jadi dolphin pun takut nak timbul*

Pura Bataran, Bedugul
Ok, selesai kejar-kejar dolphin, dalam pukul 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Pura Bataran di Bedugul. Pura ini terletak dikawasan tasik di lembah antara gunung. suhu yang sangat sejuk dan berkabus mengelilingi kawasan tersebut. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi, perut pun dah berbunyi sebab belum menjamah makanan sejak pagi lagi. Macam biasa supir tu ada restoren kroni tapi nasib dia kurang baik hari ni sebab masih pagi dan restoren tu masih belum buka lagi. Kebetulan sebelum sampai restoren tuh aku ternampak sebuah kedai makanan padang yang halal, jadi aku suggest la tempat tu. Yeahh makan soto harga pun murah. Selesai makan terus ke Pura Bataran pusing-pusing ambil gambo dan kami bersedia ke destinasi seterusnya iaitu Pura Taman Ayun.
*sejuk berkabus2 ..pukul 12.30tgh ..gua miss solat jumaat hari ni*

*kena naik sampan kot nak ke pura tuh*

Pura Taman Ayun
Pura ini sejarahnya merupakan port raja lepak-lepak, macam istana la kot. dalamnya macam satu kompleks ada dewan, kuil, tempat bersemayam, tempat mandi dan macam-macam. Hanya jalan-jalan, pusing keliling dan tangkap gamba. Next kami ke Tanah Lot.
*Pintu masuk*

*hujan masa ni, gua pun malu2 nak kuarkan kamera takut basah*

Pura Tanah Lot
Pura ni kira tempat wajib bagi pelancong, tak ke Bali la kalau tak ke tanah Lot. Pura ini terletak di atas batu di tepi laut. Kalau kena masanya waktu air pasang nampak macam pulau kecil. Pura ni paling ramai penganut hindu pergi sembahyang setiap hari, macam ada acara pulak. Tapi kebetulan kami datang tu semasa perayaan hari wesak, ramai juga oarang-orang dari tempat lain seperti jakarta datang sembahyang. HAbis tangkap-tangkap gambo kami terus balik ke hotel dalam pukul 4 petang kami dah berada di hotel semula.
*Air tengah pasang, kalau time sunset mmg cemerlang tempat ni. gua pg pukul 3 :)*

Kuta Beach & Street
Mandi & tido-tido kejap kat hotel, dalam pukul 5.30 kami keluar semula. Kali ni jalan dekat-dekat je area Pantai Kuta. Tak perlu supir, kami sewa moto je..huhu baru boleh merempit. jalan-jalan kejap kat Pantai, singgah Hard Rock Cafe beli selai dua t-shirt dan beli t-shirt bali kat kedai-kedai cenderamata sepanjang jalan Kuta. Sebelum balik ke hotel singgah restoren <> yang harganya boleh tahan murah dan makanan pun sedap, memang rekomen makan kat sini. Balik hotel lepak kejap bersedia untuk aktiviti malam :)

*surfing cam bagus je mamat baju kuning..air rendah boleh la kah3*

*sesaklah pantai ni*

*cuaca agak baik petang tu*

*beli souvenir sikit, pakcik tuh baran sebab gua tak beli kat kedai dia*

bersambung di hari terakhir..

Monday, July 12, 2010

entri tertunda - Bali (day 2)

27/05/2010

Barongan @ Pura Anom, Batu Bulan
okehh bersambung di hari kedua. Hari ni keluar hotel dalam pukul 9.00 pagi.Selepas siap sarapan pagi (oh.. walupun hotel ni bajet ya amat tapi mereka ada menyediakan sarapan pagi iaitu secawan kopi, satu set roti bakar dan sebiji telur rebus). Perjalanan pagi ini dimulakan dengan menonton persembahan barongan di Pura Anom, Batu Bulan. Alaaah barongan ni bagi orang keturunan jawa macam aku ni takde nak heran sangat pun, cerita pun lebih kurang sama pasal dewa-dewi nih semua. Tamat persembahan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu kawasan tanah tinggi Kintamani.

*barongan yang mula2 macam seram lama2 lawak dan diselitkan lawak2 lucah haha*

Kintamani
Kintamani ni kalau kat malaysia mungkin macam kundasang kot (cehh macam aku pernah pegi) tapi serius sejuk, berkabus dan yang menariknya disini ialah kawasan tersebut merupakan kawasan gunung berapi, yang terletak di Gunung Batur berhadapan dengan Kintamani. Tiba di Kintamani lebih kurang jam 1 petang, perut pun dah lapar sekali lagi kami di bawa ke restoren kroni, tapi kami ikut je sebab kanan kiri hutan mana nak cari kedai makan lain ye tak? Makan ala bufet, restoren ni pun halal kami pun belasah je. Selesai solat zohor dan tangkap gambar sini sana kami mulai turun semula ke destinasi seterusnya iaitu Tengallang

*ada macam iklan rokok salem dulu2 tak??*

*pemandangan gunung Batur dari tempat kami makan di Batur Bar*

Tengallang
Kami singgah sekejap saja di Tangellang, turun hanya nak lihat dan tangkap gambar sawah padi bertingkat itu je. Hujan renyai pun dah mula turun. Selesai semua kami terus ke Ubud.

*sawah padi bertingkat, supir tu kata kalau masa musim menuai memang cantik*

*ada juga pondok2 tempat makan, tapi aku syak mesti mahal nih*

Ubud
Perjalanan diteruskan dalam hujan yang agak lebat. Plan seterusnya sepatutnya ke Monkey Forest, disini terdapat pura yang dipenuhi monyet-monyet jinak. Tetapi disebabkan hujan lebat yang takde tanda-tanda nak berhenti kami batalkan plan tersebut dan terus menuju ke pasar cenderemata. disini kami sekadar membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selesai membeli-belah hari pun dah nak gelap, badan pun dah penat kami terus menuju ke hotel tak larat keluar kami beli air dan maggi cup saja untuk makan malam.

*tiada gambo sebab bateri kamera sudah abis*

bersambung di hari ke-3...

p/s: aktiviti malam aku cerita dlm encore la hahaha

Sunday, July 4, 2010

entri tertunda - Bali (day 1)

26/05/2010
Penerbangan aku pukul 11 pagi dan dijangka tiba ke Ngurah Rai Airport, Denpasar pukul 2 petang. Jadi seawal 9 pagi aku dah keluar rumah, minta tolong abang ipar hantar sampai ke LCCT. Penerbangan berjalan lancar, cuaca diluar elok menurut kata juruterbang. penumpang pun boleh tahan ramai. aku agak keciwa juga sebab cabin crew kurang menambat mata. Ingat bolehla dapat flight attendent macam Dania :)..jadi sepanjang hampir 3 jam aku hanya mendengar lagu dan selebihnya tidur saja.

Tepat jam 1.50 petang (fyi: waktu di Bali adalah sama dengan waktu di Malaysia) pesawat pun mendarat dengan selamat. Usai semua urusan visa,imigresen dan menunggu bagasi dalam pukul 230 petang aku pun melangkah keluar dan perkara pertama aku kena buat ialah cari teksi ke hotel.

Rakan aku dah tempah bilik di hotel PURI DEWI SRI, sebuah hotel bajet yang murah. hotel bajet yang betul2 bajet punya satu malam dalam rm30. Terletak di Jalan Legian tengah-tengah bandar Kuta. Perjalanan daripada airport ke hotel mengambi masa hampir satu jam walaupun dekat kerana banyak jalan ditutup berikutan acara sambutan Hari Wesak. Jadi pukul 330 sampai ke hotel. Mandi-mandi semua siap, aktiviti pertama hari ini ialah ke Uluwatu menikmati sunset dan Tarian Kecak.

Uluwatu terletak dibahagian selatan pulau Bali. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kuta. Tarikan utama pura Uluwatu ini ialah kedudukannya yang terletak di tebing tinggi dan pertunjukkan tarian kecak.




*permandangan dari atas pura Uluwatu, sangat tinggi okay!!*



*tarian kecak, yang sepanjang persembahan ada bunyi cak ! cak! cak!, cerita macam biasa dewa-dewa hindu rama,hanoman bla3.. *

Keluar dari pura Uluwatu pukul 8 malam, perut pun dah lapar. Dalam perjalanan pulang supir bawa pegi dinner di jimbaran..yang boleh tahan mahalnya. Restoren makanan laut yang mejanya disusun betul-betul di gigi pantai. makanan yang dihidang lebih kurang makanan malaysia, ikan masak sweet sour, udang goreng tepung bla..bla..bla..taubat seklai je makan tempat macam tu, lagi mahal dari makan seafood kat muara, klang. Pengajaran, jangan mintak pendapat supir kalau nak makan, mesti dia bawa ke kedai-kedai kroni. Next day, makan Maggi :)


Bersambung dihari ke-2...

p/s: kalau ke pura uluwatu pastikan barang-barang macam cermin mata, kamera dll pegang betul2 sebelum di rembat beruk. Tapi aku syak beruk ni dah buat komplot dengan orang jaga temple tuh, tak sampai seminit barang di rembat ..penjaga datang konon2 baca jampi dan ketuk sikit tongkat beruk tu pun bagi semula barang. Pastu bomoh tu mintak duit..nampak sangatkan kekomplotanye tuh :)

Wednesday, July 22, 2009

senja di horizon

Sekadar nak kongsi permandangan laut. Sabtu lepas sedang elok nak tunggu game Man Utd - Malaysia XI tiba-tiba bekalan elektrik putus. Mati kutu kejap kat kampung, bosan ya amat. Ingat nak turun bandar tapi fikirkan balik apa je pun ada setakat mall-mall, kat KL pun ada. Buat keputusan pergi kepantai, haha.. jangan tak caya lebih kurang 10-15 km dari kampung aku tu ada pantai. aku pun dah lama tak pegi sebab agak kurang cantik, cukuplah kalau sekadar nak ambil angin. Pantai ni nama dia Pantai Berangan atau Pantai Punggor, terletak kat Punggor, Rengit. Jangan tanya aku kenapa namanya Pantai Berangan sebab aku pun tak tau asal usulnya, dongeng-dongeng rakyat pun takde rasanya. Mak aku pun tak dapat bagi jawapan yang meyakinkan mengenai sejarah nama pantai ni. Pertama kali ke pantai ni masa tingkatan tiga, pergi ramai-ramai buat kajian tempatan untuk subjek Geografi. Lepas SPM dah ade motor kapcai rajin jugak datang sini, kawan-kawan kata sini port awek-awek kilang melepak hujung minggu :). ..tapi tu dulu la.


dulu ni pantai, tapi sebab hakisan kena buat benteng.


benteng menghalang hakisan


port berdating


sekeluarga memancing (cuba buat silhouette tapi tak jadi)


Sunset..


nelayan pulang..

Wassalam..

Sunday, May 31, 2009

Kena Pau

Selesai menghadiri majlis persandingan bekas rakan sepejabat, lepak-lepak sambil makan pau dia kopitiam Yik Mun (orang tanjung malim kata kalau dah sampai sini tak sah kalau tak makan pau Tanjung Malim ni). Aku cuba pau ayam, memang menyelerakan tapi disebabkan dah makan nasi dekat majlis tadi, hanya mampu makan satu pau saja.Tapi jika dilihatkan dari kunjungan pelanggan yang memang tak putus-putus memang betul kedai ini terkenal. Lepas ni kalau sesiapa nak ke Tanjung Malim, bolehlah singgah menikmati pau yang enak dan lembut ini. Tempatnya pun tak begitu jauh daripada UPSI.


Yik Mun - The Famous Tanjung Malim Pau


keratan akhbar berkaitan kedai/pau



pau ayam & fresh orange (pehhh..layan)

p/s: selamat pengantun baru kepada Aini & Azhar

Wassalam.