Ikan

Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

Malaysiaku .. apa nasibmu?

Malaysia kini aku lihat sedang ketandusan pemimpin yang benar-benar berkaliber. Perang dimedia sosial menonjolkan akal yang kurang pintar baik dikalangan pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Permainan politik semakin kotor, rakyat pula disogokkan hiburan-hiburan kosong dan tidak berfaedah. Pemimpin sudah lupa bahawa kemenangan mereka dalam pilihanraya datang bersama tanggungjawab mewakili dan mempejuangakan permasalahan dikawasan yang mereka menangi. Tapi kini kemenangan mereka menjadi tiket untuk memuaskan agenda-agenda mereka sahaja. Janji-janji sebelum terpilih terbang bersama poster-poster. Perjuangan individu melebihi perjuangan rakyat, rakyat tersepit ditengah-tengah pertelagahan kuasa pemimpin-peminpin tertinggi. Tidak kira pertelagahan antara parti mahupun pertelagahan dalaman.

Secara tidak sedar sedang asyik mereka bertelagah, kita sebenarnya diperhatikan oleh musuh-musuh luar yang hanya sedang menunggu masa untuk menyerang. Sedikit demi sedikit kita lihat sempadan kita dicerobohi. Bukan hanya secara fizikal malah kita juga sedang diserang dan ditakluk dengan hebatnya dalam bentuk budaya dan pemikiran.

Bila difikirkan aku jadi takut untuk menghadapi masa depan. Apakah yang kita akan wariskan kepada generasi-generasi kita masa akan datang. Apa persediaan kita dari segi rohani dan jasmani untuk menghadapi zaman tersebut? ataupun pada masa tersebut kita hanya tinggal nama dan segala penyesalan adalah sudah terlambat. Semoga Allah Azzawajalla melindungi kita, sama-samalah kita berdoa.

Monday, January 17, 2011

harapan baru

secara rasminya aku dah berhenti kerja, buat masa ni rehatkan otak 1 minggu. minggu depan mula di tempat baru, buka lembaran baru, buka buku baru dan cari masalah baru. Semoga pilihan yang aku buat ni betul :)...

p/s: kalau kamu nampak aku jarang update itu sebenarnya aku update di tumblr aku. Moblong, senang post via bb aje.. ayat pun pendek2..

Tuesday, April 27, 2010

tiada halangan

Sepatutnya akhir bulan Mei aku dah bercuti-cuti ke Bali. Tiket dah dibeli masa setahun lepas masa promosi A*r Asi* jumlah pegi balik dalam 120++. Tetapi ade bebrapa kekangan yang tak dapat dielakkan memaksa aktiviti ini dibatalkan. Aku takut juga tak lepas imigresen sebab baru-baru ni keluar berita yang M*RA pun dah bekerjasama dengan Jab. Imigresen untuk menghalang penghutang keluar negara. Aku bukan tak bayar lagi cuma skip2 tapi apa2 hal kita chek dulu kat web Jab. Imigresen


Dan keputusanya, wallaa..Tiada Halangan huhuhuhu

Monday, April 12, 2010

april bulan cukai

Aku baru selesai buat e-filing untuk tahun 2009, aktiviti yang paling menyayat hati untuk semua orang. Masa ni kalau la aku dapat ikut pejuang-pejuang lama macam Abdul Rahman Limbong ..(Tanah ini hak Allah..!!!), pergi berjuang menghalang perlaksanaan cukai oleh British kan bagus :). Anda macamana dah jalankan tugas??

foto rembat di guggle

Friday, April 2, 2010

3 series

Pada hari ini dalam tahun 1980...malas la nak cerita.

3 series yang aku suka.. (ni bukan kereta aku foto rembat di gugle)


3 series yg aku tak berapa nak suka ..hahah (ni bukan cake aku..foto rembat di gugle)


p/s: Al-fatihah buat pelawak Din Beramboi. Aku layan dia ni sejak dari form 3..form 4 (95-96) dulu masa kat radio THR setiap petang balik sekolah. pastu dia cool down kejap dan muncul balik kat radio ERA & kat tv. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tuesday, March 2, 2010

kembali

Aku dah kembali dari pertapaan yang lama, sedar-sedar dah tahun 2010. Dah masuk bulan ke-3 pun. Mungkin aku terikut-ikut financial year Petr*nas yang mula bulan April. Seriusnya, aku memang takde ape nak tulis ditambah dengan kemalasan berserta sedikit kesibukan.Dah terlambat rasanya aku nak ucapkan selamat tahun baru, salam maal hijrah ataupun selamat tahun baru cina. Lebih baik aku ucapkan salam Maulidurasul Nabi Muhammad S.A.W. Noktah...

Thursday, December 31, 2009

au revoir 2009


"AU REVOIR 2009..BIENVENU 2010"

Peribadi
Macam-macam perkara berlaku sepanjang tahun ini ada suka dan duka. Perkara yang dah lepas kita biarkan lepas, hidup mesti diteruskan. Azam baru? heheh Aku memang orang yang tak pernah set azam tiap tahun berganti tahun, cuma target aku tahun 2010 ni yang pasti aku nak beli rumah tak kira apartment/condo/single storey/double storey + suri rumah hak3 dan aku nak ganti laptop baru menggantikan laptop HP aku yang dah usang ni.

Chelsea
Menutup tirai 2009 dengan kemenangan 2-1 keatas Fulham. Masih menduduki takhta liga namun diekori rapat Man Utd dan Arsenal. Terpaksa kehilangan beberapa orang pemain utama Januari ini yang terlibat dalam kejohanan Piala Afrika. Oh ya, pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah. Chelsea diundi bertemu Inter Milan. Kembalinya "Special One" Jose Mourinho ke Stamford Bridge..perlawanan penuh emosi ni :)

Foto Pilihan 2009
Inilah foto terekslusif dari kamera aku tahun 2009, Dato' Ct di majlis persandingan rakan sekolej aku masa diploma dulu.

28/12/2009

Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru 1431H

Sekadar berkongsi, yang kadang-kadang kita terlupa. Apa azam kamu tahun mendatang ini ?

Doa akhir tahun.Dibaca 3 kali penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


Doa awal tahun.Dibaca 3 selepas solat Maghrib


p/s: layan bola layan bola gak..yg ni jangan lupa :), Happy New Year guys..

Friday, December 4, 2009

bas tanjau jaya


Kembali ke tahun 96-97,

Masa ni hampir setiap hujung minggu aku lepak kat bandar BP yang jauhnya lebih kurang 1 jam perjalanan dari kampung aku. Aku cuma ade moto kapcai honda 50cc yang takde cukai jalan dan aku pulak takde lesen memandu. Jadi nak tak nak, demi untuk melepak kat summit parade dan jadi cool kononya, kenalah aku naik bas tanjau jaya. Bas ni kalau kat KL kira macam bas mini jugakla, bawak laju berani mati punya dan route jalan ikut suka driver. Tak semestinya jalan pergi sama dengan jalan balik, tapi destinasinya tetap tepat. Perkhidmatan bas ni lalu depan simpang kampung aku hanya bertahan tak sampai 10 tahun pun mula dari tahun 1993 sampai 2001. Pernah dulu tahun 2001 aku balik kampung cuti semester tunggu bas dari pukul 9 pagi sampai 1 tgh hari, baru aku tau dah takde bas lalu lagi kat depan kampung aku. syarikat bas ni tak la bungkus, cuma dah tak ambil laluan parit hamid - senggarang, tak menguntungkan katanya. Memang ya pun kalau waktu puncak pegi dan balik sekolah memang penuh tapi kalau waktu-waktu biasa kosong. Serius aku suka naik bas ni , murah rm3 je pegi balik BP. Duduk seat tepi tingkap dengan angin kuat memang layan, sambil tengok orang turun naik. Kalau nasib baik dapat duduk sebelah awek dan sampai sekarang aku masih fikir, kenapa nama kompeni bas ni Tanjau Jaya..hahaha

Thursday, November 26, 2009

ku harap mereka selamat


"pada ketika ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika berwuquf,
pada waktu ini,
aku berdoa mereka selamat,
selamat ketika bertawaf,
pada detik ini,
aku harap mereka selamat,
selamat ketika bersaie,
selamat pergi dan selamat kembali,
kembali dengan haji yang dibarkati,"

Salam Aidiladha aku ucapkan pada semua, terutama kepada kakak & suami yang pergi menunaikan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini. Semoga dapat menjalankan ibadah dengan sabar dan diberikan kesihatan yang baik serta mendapat Haji yang Mabrur, InsyaAllah. Oh ya, tahun ini aku akan menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur, tetap bersama keluarga hanya berlainan lokasi.

Friday, October 16, 2009

cuti

Haih.. Bila user cuti, kita plak tak cuti bosan gak. Habis dah baca paper semua, game fb pun dah abis main. Mengantuk dan blur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 11, 2009

Kan bagus kalau..

Satu dua hari ni aku rasa tak sihat..selsema la (bukan selsema babi ye .. dan babi pun tak selsema..pernah dgr babi bersin?? hahaha). Tapi memang takde rasa nak buat kerja, ada dua tiga isu aku lepaskan aja. Tukar status daripada Open ke Work In Progress. Tukar priority 2 ke 4..mungkin minggu depan baru aku layan. Segala meeting & jika ada aku nak reschedule. Petronas pun dah keluarkan amaran penularan H1N1 di Tower 1, KLCC. seorang staff dah di masukkan ke hospital.Sebagai langkah berjaga-jaga duduk saja dipejabat buat neskafe panas..ambil dua tiga keping biskut Hwa Tai..telan 2 biji panadol & layan YouTube..forum LYN..Facebook..Twitter..Soccernet..OhArtis..OhBulan dll. Kan bagus kalau dapat bercuti ..tapi musim panas macam skarang ni aku tak suka pantai..di kawasan tanah tinggi barangkali..


Pine Resort, Kundasang (aku rembat je gambo ni kat google). Best agaknya bercuti kat sini, menikmati pemandangan dan menghirup udara nyaman sambil minum teh panas & scone. Baca novel New Moon, sumbat telinga dengan earphone dan mainkan lagu Yuna " You're like a rocket in my mind........." - Rockets


Wassalam..

Tuesday, June 16, 2009

Pentas 80-an



Dulu masa kecik-kecik (80-an) akak2 aku ada banyak port buat konsert, biasanya bawah pokok ciku belakang umah nenek (aku panggil Nyai) & kat bawah pokok rambutan (lihat gambar). Kalbat buruk tu jadi pentasnya. Masa tu aku kecik sangat kene paksa jadi penonton kat bawah. Konsert ni dilakukan sehari lepas dorang layan Hiburan Minggu Ini. Masa tu zaman-zaman Azlina aziz, Suliza Salam,Rohana Jalil, Sudirman, Ogy dll..serius aku tak ingat. Tapi port-portnya memang aku tak lupa.

Wassalam..

Thursday, May 21, 2009

idea kering

Dulu (dalam tahun 2005-2007) aku ada blog, kalau tak silap aku buat dalam blogdrive. Mula-mula rajin update, boleh kata purata sehari sekali. Masa tu macam-macam isu berputar-putar;peribadi, politik, hiburan, teknologi. Tapi lama-lama idea macam dah kering, jadi entri semakin hari semakin kurang ditambah tahun 2006/2007 merupakan tahun paling sibuk bekerja, sampai satu masa dua hari tak balik rumah. Tapi masa tu blog masih ada sampai satu masa kawan-kawan sepejabat yang maharajin meng'google' terjumpa blog aku. Oh tidak...aku rasa malu, aku cuba cari cara nak nyah-aktifkan blog tu, tapi gagal (untuk pengetahuan blogdrive dulu tiada kemudahan enable/disable macam blogger ni). Akhirnya, tahun 2007 tamat lah riwayat blog pertama aku. Jadi sekarang, disebabkan banyak masa terluang (banyak sangat masa, pengguna dah tahap bijak, jadi isu tak banyak) aku rasa macam nak sambung berblog (menyesal aku bunuh blog lama). Tapi tak apalah, mungkin kali ini isu yang diputarkan akan lebih matang sesuai dengan usia, lebih jiwa-jiwa, lebih sentimental dan kurang keluh kesah hal peribadi.

p/s: aku kagum dengan kawan-kawan yang banyak idea berblog, kalau boleh nak jadi blogger yang boleh buat entri-entri yang sinikal macam tok rimau, mat jan, ishamudin rais dan lain-lain. mereka-mereka ni idea dan imaginasi mengalir macam air sungai yang deras.

cartoon from www.weblogcartoons.com



Wassalam..

Monday, May 11, 2009

Ghairah ultimatum

Selepas khatam membaca naskah Sajak-Sajak Salleh, aku dapat rasakan karya beliau mempunyai nyawa dan rasa tersendiri, keghairahan dan penuh nafsu. Teringin sekali melihat dan menikmati sajak-sajak tersebut dideklamsi oleh tuan punye badan.


Wassalam..

Kepala - kepala jabatan

Kepala-kepala jabatan sedang berdiskusi di belakang aku. Lagak macam sedang bertempur di medan perang. Macam dalam persidangan DUN negeri Perak pun ade juga. Mereka ini dibayar berbelas atau berpuluh ribu sebulan hanya untuk bertempur dan kesudahannya apabila kata sepakat dicapai, pengimplimentasi yang demam nak siapkan projek.


Wassalam..