Ikan

Showing posts with label Cakap Sukan. Show all posts
Showing posts with label Cakap Sukan. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Biru Itu Warnanya II - 19 May satu sejarah

Speechless.. akhirnya juara setelah 9 tahun mencuba. Tak mampu nak buat entri kemenangan ini. Satu perlawanan yag berat sebelah. Bayern bermain dengan 11 orang dan puluhan ribu penonton tuan rumah. Asakan demi asakan ke kubu Chelsea. Minit ke-83 akhirnya Bayern memecah kebuntuan dengan jaringan Tomas Muller menewaskan Peter Cech. Dikala harapan semakin berkubur, minit ke-88 Didier Drogba menjad wira Chelsea apabila menanduk masuk bola daripada sepakan sudut Juan Mata. Tamat masa penuh, kedudukan terikat 1-1. Keadaan makin mendebarkan dibabak masa tambahan apabila Bayern dianugerahkan sepakan penalti apabila Drogba menjatuh Ribery dalam kotak penalti. Sepakan diambil oleh Arjen Robben dan kali ini Peter Cech pula menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan penalti tersebut. Tamat 30 minit masa tambahan dan tanpa sebarang gol dijaringkan pemenang terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti. Chelsea menang dalam penentuan penalti apabila Peter Cech berjaya menepis keluar bola sepakan Ivan Olic dan sepakan Bastian Schwansteiger terkena tiang gol. Drogba menjaring penalti terakhir seterusnya menobatkan Chelsea sebagai juara eropah buat kali pertama.

 We are the chmapion.. !!!!! credit: google

T-shirt & Jersi yg sempat ditempah drpd rakan yg bercuti ke UK

Hero - Villain - Hero - Legend

Hero - Menjaringkan gol disaat genting untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Villain - Menganugerahkan sepakan penalti kepada Bayern pada minit tambahan apabila menjatuhkan  Ribery dalam kotak penalti.
Hero - Menyudahkan sepakan penalti terakhir dan menentukan Chelsea menjadi juara.
Legend - Tamat Champions League, beliau menggambarkan yang tugas beliau telah selesai dan   mengumumkan meniggalkan Chelsea.

He isssssssssssssssss Didier Drogba the Dubuk Liar


8 years - 3 Premier League, 4 FA Cup, 2 Carling Cup and 1 Champions League. Thanks for the great service to the club, wish u all the best and continued success for the future.. KTBFFH!!

Monday, May 7, 2012

Biru Itu Warnanya

Mood blogging kembali. Takda apa nak cerita, hanya update untuk kaki bola amnya dan fan chelsea khasnya. Chelsea juara Piala FA Inggeris, kali ke-4 dalam tempoh 6 tahun. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dalam perlawanan yang mencemaskan tersebut Chelsea telah menewaskan pasukan yang bukan calangnya juga iaitu Liverpool dengan keputusan 2-1. Gol-gol Chelsea telah dijaringkan oleh Ramires & Didier Drogba, manakala satu gol Liverpool telah dijaringkan oleh Andy Carrol.

source: google

Trivia menarik Chelsea & Piala FA.
  1. Drogba menjadi pemain yg menjaringkan setiap gol dalam 4 kejuaran Piala FA yg dimenangi.
  2. John Terry mencatat rekod sebagai satu-satunya kapten yang yang menjuarai Piala FA 4 kali dalam kelab yang sama
  3. Ashley Cole mencatat rekod sebagai pemain Chelsea paling banyak memenangi kejuaraan Piala FA iaitu sebanyak 7 kali, 3 di Arsenal dan 4 di Chelsea.
Apa-apapun Piala FA ini tidak begitu mengujakan bagi aku sebab hujung bulan ini ada perlawanan akhir untuk kejuaraan yang paling diimpikan dan piala yang tidak pernah digengam oleh Chelsea iaitu Kejuaraan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) dimana dalam perlawanan tersebut akan berlangsung pada 19 Mei ini di Allianz Arena, Jerman. Pasukan Chelsea akan turun menentang pasukan tuan rumah Bayern Munich. Harap kali ini akan berjaya setelah gagal pada percubaan 2008 digagalkan oleh Manchester United di Moscow. KTBFFH!!!!!!

Sekian...

Friday, December 18, 2009

walau emas tetap reformasi

Pertama, tahniah pasukan Malaysia diatas kemenangan 1-0 keatas Vietnam petang tadi, menghadiahkan emas ke-40 untuk edisi sukan SEA kali ini dan menamatkan penantian selama 20 tahun pingat emas dalam acara bolasepak, uishh lama tuh..aku baru darjah 3 time tuh. Sebak juga masa dengar lagu negaraku..tapi aku tahan la. Walaupun sekadar menang 1-0 dan jaringan sendiri pemain lawan, rakyat tetap gembira. Kalau dibaca dari status Facebook dan Twitter kawan-kawan, ramai yang mengucapkan syabas diatas kejayaan mereka tak kira melayu,india,cina,kadazan,iban dll., secara tidak langsung aku sedar yang sukan seperti bola sepak ni merupakan salah satu agen perpaduan tak kira agama,bangsa mahupun pandangan politik.


Tapi, ini baru permulaan. Kita tak harus bangga dengan pingat emas ni saja. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menaikkan ranking bolasepak negara dan kalau boleh kita mahu ke peringkat yang lebih tinggi dan berprestij seperti Piala Asia, Olimpik dan kalau boleh Piala Dunia. Untuk kearah itu, bolasepak Malaysia memerlukan REFORMASI dari peringkat pengurusan tertinggi hingga ke peringkat negeri dan kelab. Kita memerlukan muka-muka baru yang yang berkualiti dan arif selok-belok pengurusan bolasepak bukan ahli politik atau sultan yang telah lama memegang jawatan namun tak banyak sumbangan untuk memajukan sukan bolasepak. Dengan ini semua pihak seperti pemain, pegawai, pengurusan,penaja,media dan peminat akan mendapat manfaat.

Langkah pertama kita join group Facebook ni: Presiden FAM sila letak Jawatan!!!! , Ampun Tuanku.

Tuesday, December 15, 2009

bola ke final - 1malaysia f1

Bolasepak Malaysia ke Final sukan SEA

pic:utusan

Semalam detik bersejarah tercipta, Malaysia melangkah ke perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA. Setelah kali terakhir mara ke final pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. Pingat perak sudah dalam gengaman namun jika dapat emas merupakan satu bonus dan mungkin dapat mengubat luka peminat-peminat bolasepak yang telah lama kecewa dengan aksi longlai pasukan negara. Sudah lama tak menonton perlawanan melibatkan pasukan negara dan semalam aku gagahkan juga, dalam hati ada juga rasa berdebar, menentang pasukan tuan rumah, Laos yang mendapat sokongan padu penonton tempatan yang memenuhkan stadium berkapasiti 20,000 orang. Pemain Malaysia terpaksa bekerja keras setelah diasak bertalu-talu oleh barisan serangan Laos. Jika 10 tahun dulu kita melihat Laos sebagai budak belasahan, kini prestasi mereka telah setaraf denga negara-negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura. Tidak hairanlah mereka mampu menumbangkan Indonesia dan seri dengan Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan. Akhirnya debaran reda selepas 93 minit perlawanan dan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 3-1. Gol-gol telah dijaringkan oleh Badrol dan syafiq (maaf aku tak dapat nak kupas lebih dalam profil mereka, mungkin aku hanya lebih arif profil pemain-pemain Chelsea barangkali).

Macam biasa, dah menang ahli politik mesti nak masuk campur, padahal mereka-meraka ini tak membantu langsung dalam pembangunan bolasepak. Bila menang, bolasepak dijadikan alat politik mereka.

Jangan lupa Khamis ini, 6 petang, balik keje awal ada live kat tv2 dan tv3. Perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam dalam misi balas dendam atas kekalahan mereka pada peringkat kumpulan dan sekaligus memenangi pingat emas yang kali terakhir diperolehi pada Sukan SEA 1989. Tapi aku masih tak mengharap sangat, kalau tak menang pun takpa aku tetap kool. Adat penonton malaysia la menang kita puji, kalah memang kena maki la hihihih.


1Malaysia F1 Team namakan pelumba.

Teka-teki terjawab akhirnya tentang siapakah bakal pelumba untuk pasukan F1 1Malaysia. Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan secara rasmi Jarno Trulli (Italy), Heiki Kovalainen (Finland) dan Fairuz Fauzy (Malaysia) sebagai pemandu pertama,kedua dan ketiga pasukan Lotus 1Malaysia ini.

kalau diikutkan aku memang tak bersetuju dengan projek F1 negara ni, membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara, pembasmian kemiskinan, penambahan subsidi dan macam-macam lagi la projek kita boleh buat dengan duit 1 billion setahun ni. Tapi sapa nak dengar pandangan insan-insan marhaen ni kan :).

pic: utusan

Alang-alang dah ada pasukan berbelanja besar macam ni kena la buat betul-betul. Dan pemilihan pemandu-pemandu berpengalaman memang penting walaupun mereka bukan warganegara Malaysia. Bengang juga kadang-kadang dengan rakyat yang nasionalis tak kena tempat, mahukan rakyat malaysia sebagai pelumba (lihat sejarah bagaimana gagalnya Alex Yoong yang ditaja berjuta, tapi nak lepas pusingan kelayakan pun susah). Pemilihan Fairuz sebagai pemandu ketiga juga bertepatan kerana prestasi beliau yang baik di Formula 3 dan dengan usia yang masih muda banyak lagi pengalaman yang boleh dikutip terutama sebagai pemandu gantian yang pasti akan menggunakan kereta dengan setting yang sama.

p/s: panjang pulak ulasan kali ni :)

Sunday, December 13, 2009

rangkuman bolasepak

Entri ini rangkuman daripada beberapa perlawanan bolasepak tempatan dan antarabangsa yang aku tak sempat (takde mood) nak update.

Chelsea:

Blackburn 4 - Chelsea 3 (League Cup)
Man. City 2 - Chelsea 1 (EPL)
Apoel Nicosia 2 - Chelsea 2 (UEFA Champion League)
Chelsea 3 - Everton 3 (EPL)

Empat perlawanan berturutan tanpa kemenangan. Masih mendahului carta liga, namun Man Utd mengekori semakin rapat (nasib baik MU kalah malam tadi) hanya dengan 3 mata. Nampaknya masalah dibahagian pertahanan kembali membelenggu pasukan Chelsea dan kemampuan Petr Cech sebagai penjaga gawang semakin dipertikaikan.

Malaysia:

Malaysia 2 - Thailand 1

Malaysia berjaya menyingkirkan Thailand daripada tempat ke separuh akhir bolasepak Sukan SEA. Ya, ini kali pertama Thailand tersingkir awal. Namun aku malas nak hype sangat, malas nak beri harapan tinggi kat Malaysia. Takut kecewa akhirnya. Kita tunggu dan lihat saja nanti. MALAYSIA BOLEH !!

Sunday, November 29, 2009

Prebiu: Big Match 2


Arsenal Vs Chelsea
12.00PM (Malam ini)
ESPN-812
Arsenal 0 - Chelsea 3

Big Match lagi, setelah berjaya menewaskan Liverpool dan Man Utd kini tiba giliran satu lagi pasukan Big Four EPL, Arsenal. Arsenal tampak konsisten musim ini dengan beberapa kemenangan besar perlawanan sebelum ini. Diharap Chelsea dapat memanfaatkan peluang dimana beberapa pemain utama Arsenal seperti Van Persie dan Clinchy tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Namun kelibat perancang utama mereka Fabregas dan Arshavin harus diberi perhatian. Apa-apa pun harap Chelsea bermain mati-matian dan walau kalah sekalipun, pastikan ia kalah bermaruah.
________________________________________________________________

Ulasan pasca perlawanan

yesss !! :) Chelsea kembali menjarakkan jurang mata dengan Man Utd setelah menang 3 -0 ke atas Arsenal malam tadi. Terima kasih kepada 2 gol jaringan Drogba dan 1 gol sendiri oleh Vermallen. Corak yang ditampilkan amat berbeza malam tadi berbanding semasa pertemuan dengan United, bahagin pertahanan nampaknya semakin fokus dan kebal. Syabas ! Syabas!

edited on 30/11/2009, 8.30am

Saturday, November 21, 2009

singa lawan serigala

Jangan lupa jam 11 malam ini disaluran ESPN 812, Chelsea akan menentang Wolverhempton. Tanpa Drogba, harap Anelka cemerlang.

________________________________________________________

Final score: Chelsea 4 - Wolves 0, bagus-bagus :)

edited on 22/11/2009, 9.50pm

Sent via BlackBerry®

Friday, November 20, 2009

tangan bertuah

Masih ingat lagi insiden "hand of god" oleh maradona pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986 antara Argentina menentang England (masa ni aku tak masuk sekolah lagi..memang la tak ingat..main guli je yang aku tau). Gol kontroversi tersebut yang membawa Argentina ke peringkat seterusnya hingga menjulang Piala Dunia.
*nampak sangat tu guna tangan..macam nak buat slam dunk je*

Kejadian tersebut berulang kembali kelmarin dalam perlawanan playoff ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan antara France menentang Ireland, dimana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, tetapi France layak ke Afrika Selatan dengan kelebihan aggregat 2-1. Kali ini ia telah dilakukan oleh pemain yang cukup ternama juga iaitu Thiery Henry. Walaupun ia bukanlah jaringan namun bola tampanan tangan Henry itu membolehkan rakan sepasukan William Gallas menjaringkan gol penyamaan tersebut. Bayangkanlah bagaimana perasaan pemain Ireland apabila pasukan mereka dinafikan daripada beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia dengan cara tersebut, terpaksa menunggu empat tahun lagi. Nampaknya, walaupun teknologi semakin canggih sekarang keputusan mutlak tetap berada di tangan pengadill perlawanan. Terkini, Persatuan Bolasepak Ireland menghantar memo bantahan perlawanan tersebut dan meminta perlawanan ulangan.

*mana kene wei..*

P/s: aku rasa presiden UEFA Michel Platini mesti akan sokong France sebab diakan berasal dari France dan bekas pemain kebangsaan France.

Sunday, November 8, 2009

prebiu: Big Match


Pertemuan dua gergasi bola sepak Ingeris kembali lagi. Pertemuan yang boleh dianggap klasik. Jika Chelsea menang ia akan melebarkan jarak 5 mata sebagai pendahulu liga dan Manchester United jika menang akan kembali merampas takhta liga dengan kelebihan 1 mata. Aku jangkakan perlawanan yang agak berhati-hati dari kedua pasukan. Chelsea mungkin diletak sebagai pilihan, tapi mereka harus berwaspada, walaupun Man Utd musim ini dilihat kurang konsisten dan masih terasa kehilangan Ronaldo namun semangat juang mereka tinggi terutama perlawanan melibatkan big 4. Kelemahan di bahagian pertahanan harap telah diperbaiki dan Petr Cech jangan banyak buat lawak malu-malu tangkap bola. Semoga kemenangan pasukan Hoben Jang Hoben malam tadi dapat memberi inspirasi buat Chelsea. HOBEN DUDE HOBEN !!


pic:Kemungkinan kesebelasan Chelsea yang akan diturunkan (mengikut tilikan aku)
_________________________________________________________________

Ulasan pasca perlawanan

Aku masih dalam keadaan sangat mengantuk. Cari-cari port kat opis yang boleh buat tempat tido. Ya, keputusan telah diketahui. Chelsea berjaya menewaskan Man Utd 1-0. Tapi aku tak terlalu gembira dengan kemenangan ini. 60% posisi perlawanan dikuasai Man Utd. Chelsea dipaksa bertahan dan Man Utd juga telah bersedia mengekang bahangian tengah diketuai yang diketuai Micheal Carrick. Ternyata taktik mereka menjadi, formasi diamond Chelsea tidak mampu bergerak langsung. Mujur John Terry berjaya menanduk masuk bola hantaran sepakan percuma Lampard. Kemasukkan Joe cole menggantikan Deco juga tidak banyak memberikan impak. Jika prestasi seperti ini berkekalan, tampak sukar bagi chelsea untuk menjulang trofi EPL musim ini. Banyak lagi rintangan selepas ini Arsenal & Man City dll. Apa-apahal kita nyanyi dulu.. "Blue is the colour..footbal is the game.."

edited on 9.00am, 9/11/2009

Wednesday, November 4, 2009

liga juara-juara eropah (fasa kumpulan)

Keputusan liga juara-juara eropah peringkat kumpulan yang berlangsung pagi tadi:

Kumpulan A
Maccabi Haifa 0 - 1 Juventus
Bayern Munich 0 - 2 Bordeaux

Kumpulan B
Manchester United 3 - 3 CSKA Moscow
Besiktas 0 - 3 VfL Wolfsburg

Kumpulan C
AC Milan 1 - 1 Real Madrid
Marseille 6 - 1 FC ZüricH

Kumpulan D
Apoel Nicosia 0 - 1 FC Porto
Atlético Madrid 2 - 2 Chelsea

Kumpulan E
Fiorentina 5 - 2 Debrecen
Lyon 1 - 1 Liverpool

Kumpulan F
FK Rubin Kazan 0 - 0 Barcelona
Dynamo Kiev 1 - 2 Internazionale

Kumpulan G
Sevilla FC 1 - 1 VfB Stuttgart
Unirea Urziceni 1 - 1 Rangers

Kumpulan H
Arsenal 4 - 1 AZ Alkmaar
Standard Liege 2 - 0 Olympiakos

Drogba kembali dari penggantungan 2 perlawanan dengan menjaringkan 2 gol pagi tadi (pic:soccernet.com)

p/s: Chelsea & Man Utd telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya walaupun masih berbaki dua perlawanan kumpulan, Arsenal dijangka layak jika menang perlawanan pagi esok. Manakala Liverpool mesti menang jika ingin ke pusingan seterusnya.. keep your finger cross liverpool fan huhuhu..

p/p/s:Keputusan terkini akan dikemaskini kemudian :)
______________________________________________________________

Keputusan terkini, Arsenal telah berjaya menempah tempat ke pusingan seterusnya setelah menewaskan AZ Alkmaar4-1. Nasib Liverpool pula kelihatan seperti telur dihujung tanduk apabila hanya mampu seri 1-1 dengan lyon. Liverpool hanya mampu ke peringkat seterusnya jika menang dua perlawan perlawanan terakhir sambil mengharapkan Fiorentina akan kalah dua perlawanan terakhir mereka. Satu misi yang agak mustahil, tapi dalam bolasepak macam-macam boleh jadi.

Wassalam..

Edited on 9:15AM, 5/11/2009

Monday, October 26, 2009

ulasan sukan (luar negara) hujung minggu

Ada beberapa rangkuman sukan menarik untuk dikongsi minggu ini:

1. EPL - Chelsea 5 - Blackburn 0
Chelsea kembali mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah berjaya menumpaskan Blackburn Rovers 5-0 di Stamford Bridge. Sebagai peminat tegar Chelsea, aku amat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain-pemain The Blues. Terutama Joe Cole yang baru kembali dab menunjukkan persembahan cemerlang setelah berehat selama 10 bulan akibat kecederaan dan Frank Lampard yang menemui semula sentuhan jaringan apabila menjaringkan gola pertamanya untul liga musim ini. Kekalahan Manchester United kepada Liverpool dan keputusan seri melibatkan perlawanan Manchester City dan Arsenal membolehkan chelsea berada dalam keadaan agak selasa, kelebihan 2 mata daripada Manchester United. Semoga The Blues akan terus menegkalkan prestasi hingga akhir musim.

Frank Lampard (pic:soccernet.com)
2. THE DOCTOR - juara dunia kali ke-9
Lagenda MotoGP, Velentino Rossi atau nicknamenya The Doctor berjaya menjadi juara keseluruhan MotoGP buat kali ke-9 walaupun mendapat tempat ke-3 pada GP Malaysia semalam. Aku tak berkesempatan menonton secara live di Sepang, hanya menonton di tv saja. Walaupun bermula di petak pertama, Rossi dilihat menunggang secara berhati-hati akibat litar basah. Kejuaraan GP Malaysia tahun ini di menangi oleh Casey Stoner dari Australia yang menunggang Ducati dan Dani Pedrosa dari Spanyol yang menunggang Honda ditempat ke-2. Bagi kelas 125CC penunggang tiket wild-card dari Malaysia menunjukkan persembahan yang membanggakan apabila menduduki tempat ke-16 dan ke-20 daripada 33 pelumba.


the doctor (Pic: Utusan)




Wassalam..

Friday, May 29, 2009

Pasca Liga Juara-Juara



Cakap-cakap belakang pasal perlawanan akhir liga juara-juara eropah yang didengari ketika makan tengahari semalam di food court kenanga.

Penyokong Man U
- takde luck aaa
- silap taktik aa fergie
- tevez saje nak sabotaj mu
- ronaldo men cam sampah
- sack fergusson
- kecohh aa liverpool quarter pun tak lepas
- YNWA - you not win anything - to liverpool fan
- dr dulu alasan player muda..average below 20 la - to arsenal fan
- harap player jer mahal - to chelsea fan
- nasib baik korang ade xavi & iniesta - to barca fan

Penyokong Barcelona
- baik main dengan budak skolah
- Barca king of europe
- messi jadi world player of the year aa thn 2008
- nasib baik MU tak kene kitai 5..6 - 0
- puyol yg sampah tu pun korang takleh lepas
- nasib baik henry join barca kalau tak tak merasa aa pgng cup ni
- EPL suck

Penyokong Arsenal
- hahah padan muka MU
- pakai taktik sama lwn arsenal ingat leh pakai ke
- ade yg lebih sengal dr wenger rupanya
- quadruple..quintuple .. blah le wei

Penyokong Liverpool
- hahah padan muka MU
- quadruple..quintuple ..blah le wei
- player spain mmg power
- tu la mU belagak sangat
- nak buat back to back konon

Penyokong Chelsea
- hahah padan muka MU
- quadruple..quintuple ..blah le wei
- FA cup la plng hebat haha
- patut ikut tektik chelsea masa semi hr tuh..
- chelsea deserve main final kalau tgk game sampah camtu

Group awek meja sebelah
- yeyy barca menang..hensem la ronaldo (??)
- yang hitam tu score gol (e'to)
- barca tuh ape? bukan Man U lwn Barcelona ke..
- ngantuknye follow bf aku gi tgk bola kat hartamas smp pkl 5 pg..
- messi tuh hebat tp dia pendek la..ronaldo lg hensem..tinggi..
- barca tuh club Italy ke spain?
- ooo final ke ni?

Wassalam..

Monday, May 25, 2009

Perjuangan tamat

Setelah beberapa bulan berjuang menjadi pengurus sebuah pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tamat akhirnya musim ini. Rekod lebih baik daripada musim-musim yang lalu.


liga GFMAS ke-3/29



liga Winning 11 2008/2009 (x-matrix) ke-6/41

keseluruhannya, not bad la this season :)

Wassalam