Sent via BlackBerry®
___________________________________________________________________
Sambungan kepada entri malam tadi. Boleh dikatakan ini entri pertama separa moblog boleh? huhuh. Inilah kali pertama aku layan teater muzikal dan kali kedua menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Kali pertama semasa konsert M. Nasir beberapa bulan lepas. Boleh dikatakan puashati juga dapat tempat duduk pun dekat dengan pentas dalam 2 baris dari depan. Dari segi jalan cerita memang sama dengan versi filem cuma ditokok tambah dengan lagu dan tarian serta penampilan pelakon-pelakon baru untuk teater ini. Macam biasa beberapa point menarik/tidak:
- Menemui sisi lain bagi Awie yang biasa kita tonton garang,bengis & kontrol macho.
- Pengalaman memang membezakan lakonan mereka. Ramli Hassan, Harith Iskander, AC Mizal nampak lebih menonjol dan persembahan mereka kemas terutama dari segi lontaran suara yang jelas dalam dialog dan nyanyian & pengunaan body language. Pelakon lain juga harus diberikan kredit terutama Hans Isaac yang bukan dari latar seorang penyanyi ataupun pelakon teater.
- Mengaitkan isu-isu terkini secara spontan.
- Durasi yang terlalu panjang iaitu hampir 3 jam membuatkan aku hilang fokus, atau mungkin aku penat sebab hari bekerja :)
- Pilihan lagu-lagu dan prop yang menarik.
- Adibah Noor dapat menghidupkan suasana dengan watak farah yang 100% berbeza daripada watak yang dibawakan oleh Umie Aida dalam filem.
- Nyanyian pelakon latar yang lebih sedap, mungkin mereka datang daripada latar teater.
- Chemistry yang mantap keempat-empat teraju utama dengan dialog-dialog komedi yang segar.
Kesimpulannya memang berbaloi-baloi menonton teater muzikal Cuci ni :)
edited on 9:30 AM
edited on 9:30 AM
No comments:
Post a Comment