Ikan

Monday, October 12, 2009

Big boy toy


Sabtu lepas aku telah berjaya menyambar sebiii BlackBerry model paling ayam - BlackBerry Curve 8520 atau codenamenye Gemini. Kalau ikukan hati memang nak angkat BB Bold 9000 nampak lasak & macho, tapi pekej yang terpaksa diambil agak kurang menyenangkan. Bagi aku yang bukan hardcore telefon member atau sedara mara aku lebih suka guna pra-bayar. Disebabkan hanya model ni je yang ditawarkan untuk pekej pra-bayar aku pun beli je laaa. Untuk dapatkan BB ni, aku dah pra-daftar sejak sebulan lalu dan harga promosi iaitu RM888 telah ditawarkan untuk satu hari saja iaitu pada hari pelancarannya malam sabtu lepas dalam acara XBerry Party..ape kejadah party2 semua nih..aku just datang pukul 8 malam beli dan balik, masa tu ada la jugak si joe flizzow x too phat tengah perform..huh apa barang layan hiphop..sekarang line2 Nur Kasih je..hak3. Jadi sekarang aku tangah main2 dengan BB nih, huru hara jugak guna button yg banyak lagipun dah terbiasa dengan button2 Sony, takpe2 pelan2 kayuh..lama2 ok la nih kot..tapi sapa2 mesej aku tengah memandu memang haram aku tak reply la, kalau rajin aku call la balik.

Kepada sesiapa yang berminat, harga yang ditawarkan untuk pakej BB pra-bayar bagi pengguna x-pax (Celcom) - RM998 dan Hotlink (Maxis) - RM899. Rujuk laman web x-pax atau hotlink untuk plan2 yang ditawarkan.

Disebabkan aku telah membeli pada malam parti tersebut maka aku telah mendapat harga promosi iaitu RM888, Percuma BlackBerry Internet Services (BIS) selama sebulan dan macam-macam aksesori ntahapapantah..

ps: cuba korang try BB nih (mana yg belum pernah la) ..pasti akan jatuh cinta, kalau pergi Indonesia segala model BB kat sana boleh dibeli dengan pakej pra-bayar. Pastu bawak balik malaysia unlock dah boleh guna cuma takde warranty je la.
pps: tapi camera mmg macam haram 2.0 mp je, baru bercita2 nak bermoblog & walaupun internet connectionnya hanya sampai takat EDGE, tapi aku rasa laju giler.

Wassalam..

2 comments:

Fara said...

perghh .. ganas!

midyx said...

hak2 beli jgn tak beli