Mood blogging kembali. Takda apa nak cerita, hanya update untuk kaki bola amnya dan fan chelsea khasnya. Chelsea juara Piala FA Inggeris, kali ke-4 dalam tempoh 6 tahun. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dalam perlawanan yang mencemaskan tersebut Chelsea telah menewaskan pasukan yang bukan calangnya juga iaitu Liverpool dengan keputusan 2-1. Gol-gol Chelsea telah dijaringkan oleh Ramires & Didier Drogba, manakala satu gol Liverpool telah dijaringkan oleh Andy Carrol.
source: google
Trivia menarik Chelsea & Piala FA.
- Drogba menjadi pemain yg menjaringkan setiap gol dalam 4 kejuaran Piala FA yg dimenangi.
- John Terry mencatat rekod sebagai satu-satunya kapten yang yang menjuarai Piala FA 4 kali dalam kelab yang sama
- Ashley Cole mencatat rekod sebagai pemain Chelsea paling banyak memenangi kejuaraan Piala FA iaitu sebanyak 7 kali, 3 di Arsenal dan 4 di Chelsea.
Apa-apapun Piala FA ini tidak begitu mengujakan bagi aku sebab hujung bulan ini ada perlawanan akhir untuk kejuaraan yang paling diimpikan dan piala yang tidak pernah digengam oleh Chelsea iaitu Kejuaraan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) dimana dalam perlawanan tersebut akan berlangsung pada 19 Mei ini di Allianz Arena, Jerman. Pasukan Chelsea akan turun menentang pasukan tuan rumah Bayern Munich. Harap kali ini akan berjaya setelah gagal pada percubaan 2008 digagalkan oleh Manchester United di Moscow. KTBFFH!!!!!!
Sekian...

No comments:
Post a Comment