Ikan

Saturday, March 22, 2014

Malaysiaku .. apa nasibmu?

Malaysia kini aku lihat sedang ketandusan pemimpin yang benar-benar berkaliber. Perang dimedia sosial menonjolkan akal yang kurang pintar baik dikalangan pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Permainan politik semakin kotor, rakyat pula disogokkan hiburan-hiburan kosong dan tidak berfaedah. Pemimpin sudah lupa bahawa kemenangan mereka dalam pilihanraya datang bersama tanggungjawab mewakili dan mempejuangakan permasalahan dikawasan yang mereka menangi. Tapi kini kemenangan mereka menjadi tiket untuk memuaskan agenda-agenda mereka sahaja. Janji-janji sebelum terpilih terbang bersama poster-poster. Perjuangan individu melebihi perjuangan rakyat, rakyat tersepit ditengah-tengah pertelagahan kuasa pemimpin-peminpin tertinggi. Tidak kira pertelagahan antara parti mahupun pertelagahan dalaman.

Secara tidak sedar sedang asyik mereka bertelagah, kita sebenarnya diperhatikan oleh musuh-musuh luar yang hanya sedang menunggu masa untuk menyerang. Sedikit demi sedikit kita lihat sempadan kita dicerobohi. Bukan hanya secara fizikal malah kita juga sedang diserang dan ditakluk dengan hebatnya dalam bentuk budaya dan pemikiran.

Bila difikirkan aku jadi takut untuk menghadapi masa depan. Apakah yang kita akan wariskan kepada generasi-generasi kita masa akan datang. Apa persediaan kita dari segi rohani dan jasmani untuk menghadapi zaman tersebut? ataupun pada masa tersebut kita hanya tinggal nama dan segala penyesalan adalah sudah terlambat. Semoga Allah Azzawajalla melindungi kita, sama-samalah kita berdoa.

No comments: