Ikan

Tuesday, December 15, 2009

bola ke final - 1malaysia f1

Bolasepak Malaysia ke Final sukan SEA

pic:utusan

Semalam detik bersejarah tercipta, Malaysia melangkah ke perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA. Setelah kali terakhir mara ke final pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. Pingat perak sudah dalam gengaman namun jika dapat emas merupakan satu bonus dan mungkin dapat mengubat luka peminat-peminat bolasepak yang telah lama kecewa dengan aksi longlai pasukan negara. Sudah lama tak menonton perlawanan melibatkan pasukan negara dan semalam aku gagahkan juga, dalam hati ada juga rasa berdebar, menentang pasukan tuan rumah, Laos yang mendapat sokongan padu penonton tempatan yang memenuhkan stadium berkapasiti 20,000 orang. Pemain Malaysia terpaksa bekerja keras setelah diasak bertalu-talu oleh barisan serangan Laos. Jika 10 tahun dulu kita melihat Laos sebagai budak belasahan, kini prestasi mereka telah setaraf denga negara-negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura. Tidak hairanlah mereka mampu menumbangkan Indonesia dan seri dengan Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan. Akhirnya debaran reda selepas 93 minit perlawanan dan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 3-1. Gol-gol telah dijaringkan oleh Badrol dan syafiq (maaf aku tak dapat nak kupas lebih dalam profil mereka, mungkin aku hanya lebih arif profil pemain-pemain Chelsea barangkali).

Macam biasa, dah menang ahli politik mesti nak masuk campur, padahal mereka-meraka ini tak membantu langsung dalam pembangunan bolasepak. Bila menang, bolasepak dijadikan alat politik mereka.

Jangan lupa Khamis ini, 6 petang, balik keje awal ada live kat tv2 dan tv3. Perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam dalam misi balas dendam atas kekalahan mereka pada peringkat kumpulan dan sekaligus memenangi pingat emas yang kali terakhir diperolehi pada Sukan SEA 1989. Tapi aku masih tak mengharap sangat, kalau tak menang pun takpa aku tetap kool. Adat penonton malaysia la menang kita puji, kalah memang kena maki la hihihih.


1Malaysia F1 Team namakan pelumba.

Teka-teki terjawab akhirnya tentang siapakah bakal pelumba untuk pasukan F1 1Malaysia. Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan secara rasmi Jarno Trulli (Italy), Heiki Kovalainen (Finland) dan Fairuz Fauzy (Malaysia) sebagai pemandu pertama,kedua dan ketiga pasukan Lotus 1Malaysia ini.

kalau diikutkan aku memang tak bersetuju dengan projek F1 negara ni, membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara, pembasmian kemiskinan, penambahan subsidi dan macam-macam lagi la projek kita boleh buat dengan duit 1 billion setahun ni. Tapi sapa nak dengar pandangan insan-insan marhaen ni kan :).

pic: utusan

Alang-alang dah ada pasukan berbelanja besar macam ni kena la buat betul-betul. Dan pemilihan pemandu-pemandu berpengalaman memang penting walaupun mereka bukan warganegara Malaysia. Bengang juga kadang-kadang dengan rakyat yang nasionalis tak kena tempat, mahukan rakyat malaysia sebagai pelumba (lihat sejarah bagaimana gagalnya Alex Yoong yang ditaja berjuta, tapi nak lepas pusingan kelayakan pun susah). Pemilihan Fairuz sebagai pemandu ketiga juga bertepatan kerana prestasi beliau yang baik di Formula 3 dan dengan usia yang masih muda banyak lagi pengalaman yang boleh dikutip terutama sebagai pemandu gantian yang pasti akan menggunakan kereta dengan setting yang sama.

p/s: panjang pulak ulasan kali ni :)

Sunday, December 13, 2009

rangkuman bolasepak

Entri ini rangkuman daripada beberapa perlawanan bolasepak tempatan dan antarabangsa yang aku tak sempat (takde mood) nak update.

Chelsea:

Blackburn 4 - Chelsea 3 (League Cup)
Man. City 2 - Chelsea 1 (EPL)
Apoel Nicosia 2 - Chelsea 2 (UEFA Champion League)
Chelsea 3 - Everton 3 (EPL)

Empat perlawanan berturutan tanpa kemenangan. Masih mendahului carta liga, namun Man Utd mengekori semakin rapat (nasib baik MU kalah malam tadi) hanya dengan 3 mata. Nampaknya masalah dibahagian pertahanan kembali membelenggu pasukan Chelsea dan kemampuan Petr Cech sebagai penjaga gawang semakin dipertikaikan.

Malaysia:

Malaysia 2 - Thailand 1

Malaysia berjaya menyingkirkan Thailand daripada tempat ke separuh akhir bolasepak Sukan SEA. Ya, ini kali pertama Thailand tersingkir awal. Namun aku malas nak hype sangat, malas nak beri harapan tinggi kat Malaysia. Takut kecewa akhirnya. Kita tunggu dan lihat saja nanti. MALAYSIA BOLEH !!

Friday, December 4, 2009

bas tanjau jaya


Kembali ke tahun 96-97,

Masa ni hampir setiap hujung minggu aku lepak kat bandar BP yang jauhnya lebih kurang 1 jam perjalanan dari kampung aku. Aku cuma ade moto kapcai honda 50cc yang takde cukai jalan dan aku pulak takde lesen memandu. Jadi nak tak nak, demi untuk melepak kat summit parade dan jadi cool kononya, kenalah aku naik bas tanjau jaya. Bas ni kalau kat KL kira macam bas mini jugakla, bawak laju berani mati punya dan route jalan ikut suka driver. Tak semestinya jalan pergi sama dengan jalan balik, tapi destinasinya tetap tepat. Perkhidmatan bas ni lalu depan simpang kampung aku hanya bertahan tak sampai 10 tahun pun mula dari tahun 1993 sampai 2001. Pernah dulu tahun 2001 aku balik kampung cuti semester tunggu bas dari pukul 9 pagi sampai 1 tgh hari, baru aku tau dah takde bas lalu lagi kat depan kampung aku. syarikat bas ni tak la bungkus, cuma dah tak ambil laluan parit hamid - senggarang, tak menguntungkan katanya. Memang ya pun kalau waktu puncak pegi dan balik sekolah memang penuh tapi kalau waktu-waktu biasa kosong. Serius aku suka naik bas ni , murah rm3 je pegi balik BP. Duduk seat tepi tingkap dengan angin kuat memang layan, sambil tengok orang turun naik. Kalau nasib baik dapat duduk sebelah awek dan sampai sekarang aku masih fikir, kenapa nama kompeni bas ni Tanjau Jaya..hahaha