Ikan

Friday, April 2, 2010

3 series

Pada hari ini dalam tahun 1980...malas la nak cerita.

3 series yang aku suka.. (ni bukan kereta aku foto rembat di gugle)


3 series yg aku tak berapa nak suka ..hahah (ni bukan cake aku..foto rembat di gugle)


p/s: Al-fatihah buat pelawak Din Beramboi. Aku layan dia ni sejak dari form 3..form 4 (95-96) dulu masa kat radio THR setiap petang balik sekolah. pastu dia cool down kejap dan muncul balik kat radio ERA & kat tv. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Wednesday, March 31, 2010

coret-moret mac

Tak ada apa yang menarik sangat untuk dikongsi sepanjang bulan Mac ni. Selain daripada kerja-lepak rumah-kerja, tapi ada satu yang istimewa..

showcase Zee Avi

perghh memang berbaloi, walaupun pada mulanya dikhabarkan 3000 tiket sudah habis dijual, aku cuba juga masuk airasiaredtix.com dan try beli. wohooo transaksi berjaya dan aku berjaya mendapatkan tiket berharga RM55. Tiba hari yang dijadualkan aku pun gerakla ke KL Live aka Life Centre secara solo. Ingatkan senangla nak masuk mak aiii punye panjang barisan nak masuk, so berbaris dalam 10 minit akhirnya dapat gak masuk. Dah kat dalam baru terjumpa si kematz & konco2nya yang sudah bagitu gigih masuk dari awal lagi. Kali terakhir aku masuk sini beberapa tahun lepas masa showcase Search dan ruangnya agak luas berbanding dulu yang agak sempit. tapi aku rasa kedatangan penonton takdela sampai 3000 pun, saja propa kat suratkhabar.

Macam biasa samada janji melayu ke janji 1malaysia ke mesti mula lambat, dalam tiket pukul 8 mula, tunggu punya tunggu sampai lenguh pukul 9++ baru mula. Dan sejam berikutnya merupakan satu pengalaman yang indah,hebat dan sukar dilupakan. Malam tersebut Zee Avi mendendangkan 12 buah lagu disamping menunjukkan kepakaranya bermain gitar dan ukele dan lagu yang paling menarik minat aku malam tu ialah Just You & Me, First of The Gang To Die dan Date with The Night (mp3 masih berputar sampai sekarang).

Yang tak bestnya, malam tu aku cuma bawak kamera kompak pinjam daripada kakak, dan sememangnya tak boleh blah kalau kita berada dekat bahagian blakang. Kalau nak tengok gambo ke layan video nya ke boleh la ke blog kematz ni.


Foto dirembat dari kematz.blogspot.com (aku b&w kan hik3)

so, tu jela entri untuk bulan Mac ni :)

Tuesday, March 2, 2010

kembali

Aku dah kembali dari pertapaan yang lama, sedar-sedar dah tahun 2010. Dah masuk bulan ke-3 pun. Mungkin aku terikut-ikut financial year Petr*nas yang mula bulan April. Seriusnya, aku memang takde ape nak tulis ditambah dengan kemalasan berserta sedikit kesibukan.Dah terlambat rasanya aku nak ucapkan selamat tahun baru, salam maal hijrah ataupun selamat tahun baru cina. Lebih baik aku ucapkan salam Maulidurasul Nabi Muhammad S.A.W. Noktah...