Ikan

Wednesday, May 13, 2009

Cerita 13 Mei

13 Mei 1969
tarikh ini tarikh keramat
arwah pakcik aku kata tarikh ini sungguh hebat
dia seorang polis di Kuala Lumpur ketika itu tapi aku tak pasti apa pangkat
orang melayu semua sepakat
tak kira parti semua sahabat

13 mei 2009
diluar pejabat hujan makin lebat
selepas 40 tahun orang melayu masih banyak yang melarat
kepala di atas sudah tak sepakat
hingga sanggup hilang sahabat
keluar masuk berebut tempat
semua nak tunjuk siapa paling hebat

aku harap melayu selamat
aku harap melayu selamat
aku harap melayu selamat

menara perak, 3.00pm
p/s: hentikanlah persengketaan wahai bangsa-bangsaku di Perak khasnya dan di Malaysia amnya.


Wassalam..

No comments: