jarum pendek tepat diangka 12
si wira berderum laju
tiba di satu tempat
dia terdengar bunyi
aku turut kaget
kami terhidu bauan
tidak aneh tapi menakutkan
dia cuba melolong minta tolong
kemudian datang dua lembaga
si wira ditarik dan diheret
hingga ke daerah yang asing bagi kami
sang lembaga membawanya berjumpa penunggu
dia membuat perjanjian
penunggu membawa kami ke tempat dituju
tapi dengan syarat,dengan pengeras
datang kembali selepas dua hari
membawa bunga emas untuk menebus si wira
p/s: cerita kereta abg ipar aku rosak (timing belt putus) dekat kawasan Simpang Ampat dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat hujung minggu lepas. Terpaksa kene tow Plus Ronda (lembaga), dibawa ke bengkel kroni Plus Ronda, brader(penunggu) bengkel tu sanggup hantar ke bp. Kereta siap dalam 2 hari, lepas tuh kena charge tak ingat la..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment