Double Trouble 2, 1 Mei 2010, Bukit Kiara IndoorMenurut sahabat ajk Sayap2Wings, saudara Zul Azri (tiada dalam gambar), perancangan awal konsert ini sepatutnya diadakan di Stadium Negara/Merdeka tapi ubahsuai stadium tidak dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 1 mei, maka terpaksa la mencari venue alternatif iaitu Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi Stadium Putra Bukit Jalil telah dibooking oleh Konsert Ungu yang diadakan pada tarikh yang sama. Maka disebabkan tiada pilihan lain dan tidak mahu menghampakan peminat, konsert ini diteruskan juga di Bukit Kiara.
Petang itu kami berlima sampai di Bukit Kiara lebih kurang dalam pukul 6 ptg. Plan awal nak datang pukul 4 nak cari spot baik konon, tapi disebabkan ada insan2 yang terlewat petang itu dan kepentingan mengisi perut dulu tu yang jadi lambat haha. Jalan sekitar Bukit Kiara Equestrian dah mula sesak. Dan aku memang tak suka venue nih sebab masalah parking dan ketiadaan pengangkutan awam. Kami terpaksa meletakkan kenderaan di Kompleks Rakan Muda dan berjalan kaki beberapa kilometer sebelum sampai ke tapak konsert. Jalam kaki tu ok lagi, sampai pertengahan jalan hujan lebat pulak kenala berlari dalam hujan. Beratur nak masuk, kamera DSLR pulak tak dibenarkan bawak masuk, takkan aku nak ulang step yang sama semula 2 kali...merayu kat brader jaga pintu buat muka 35 sen akhirnya brader tu bg gak masuk..
awie dengan lagu "Gema Di Indraloka"Masuk dalam, dapat juga spot yang baik walaupun bukan dibahagian depan, tapi tempat tu ada kipas boleh la kering-keringkan badan lagipun belah depan bagi jelah orang-orang yang nak pogo nanti, tak larat aku. Persembahan dimulakan dengan lagu Gemuruh dan untuk cerita pasal konsert boleh baca rebiu dia surat khabar atau blog-blog lain.
brader high layan laguPilihan lagu-lagu malam tersebut memang layan bukan saja daripada album DT, tapi lagu-lagu evergreen dari album lain pun turut dinyanyikan secara medley. Aku sebagai peminat-peminat biasa hanya mampu ikut lagu yang familiar saja, sambil-sambil tuh dok snap gambo gelagat manusia layan konsert dan gelagat brader high (rujuk gambo) memang menarik perhatian aku. Dan menjelang tengahmalam konsert pun tamat, semua muka nampak puas macam orang dapat kentut lepas tahan lama dalam lif, ramai juga yang tewas pengsan dalam kepanasan (nak sgt pogo amik ko..) dan aku pun puas..tapi aku tak boleh nak comparekan dengan DT1 17 tahun dulu sebab masa tu aku masih kecik lagi. Tapi aku tetap respek 2 band ni, umur semua dah tua2 tapi masih fit dan suara still tak lari jauh dan yang bestnya punya ramai umat manusia satu member yang calling2 pun aku tak jumpa dan ada member yang dah lama tak jumpa boleh pulak terjumpa malam tu..haha..itu saja tammat

No comments:
Post a Comment