Ikan

Sunday, July 4, 2010

entri tertunda - Bali (day 1)

26/05/2010
Penerbangan aku pukul 11 pagi dan dijangka tiba ke Ngurah Rai Airport, Denpasar pukul 2 petang. Jadi seawal 9 pagi aku dah keluar rumah, minta tolong abang ipar hantar sampai ke LCCT. Penerbangan berjalan lancar, cuaca diluar elok menurut kata juruterbang. penumpang pun boleh tahan ramai. aku agak keciwa juga sebab cabin crew kurang menambat mata. Ingat bolehla dapat flight attendent macam Dania :)..jadi sepanjang hampir 3 jam aku hanya mendengar lagu dan selebihnya tidur saja.

Tepat jam 1.50 petang (fyi: waktu di Bali adalah sama dengan waktu di Malaysia) pesawat pun mendarat dengan selamat. Usai semua urusan visa,imigresen dan menunggu bagasi dalam pukul 230 petang aku pun melangkah keluar dan perkara pertama aku kena buat ialah cari teksi ke hotel.

Rakan aku dah tempah bilik di hotel PURI DEWI SRI, sebuah hotel bajet yang murah. hotel bajet yang betul2 bajet punya satu malam dalam rm30. Terletak di Jalan Legian tengah-tengah bandar Kuta. Perjalanan daripada airport ke hotel mengambi masa hampir satu jam walaupun dekat kerana banyak jalan ditutup berikutan acara sambutan Hari Wesak. Jadi pukul 330 sampai ke hotel. Mandi-mandi semua siap, aktiviti pertama hari ini ialah ke Uluwatu menikmati sunset dan Tarian Kecak.

Uluwatu terletak dibahagian selatan pulau Bali. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kuta. Tarikan utama pura Uluwatu ini ialah kedudukannya yang terletak di tebing tinggi dan pertunjukkan tarian kecak.




*permandangan dari atas pura Uluwatu, sangat tinggi okay!!*



*tarian kecak, yang sepanjang persembahan ada bunyi cak ! cak! cak!, cerita macam biasa dewa-dewa hindu rama,hanoman bla3.. *

Keluar dari pura Uluwatu pukul 8 malam, perut pun dah lapar. Dalam perjalanan pulang supir bawa pegi dinner di jimbaran..yang boleh tahan mahalnya. Restoren makanan laut yang mejanya disusun betul-betul di gigi pantai. makanan yang dihidang lebih kurang makanan malaysia, ikan masak sweet sour, udang goreng tepung bla..bla..bla..taubat seklai je makan tempat macam tu, lagi mahal dari makan seafood kat muara, klang. Pengajaran, jangan mintak pendapat supir kalau nak makan, mesti dia bawa ke kedai-kedai kroni. Next day, makan Maggi :)


Bersambung dihari ke-2...

p/s: kalau ke pura uluwatu pastikan barang-barang macam cermin mata, kamera dll pegang betul2 sebelum di rembat beruk. Tapi aku syak beruk ni dah buat komplot dengan orang jaga temple tuh, tak sampai seminit barang di rembat ..penjaga datang konon2 baca jampi dan ketuk sikit tongkat beruk tu pun bagi semula barang. Pastu bomoh tu mintak duit..nampak sangatkan kekomplotanye tuh :)

No comments: