Hari terakhir, hari ni tak kemana-mana, bangun pun dah pukul 10 pagi. Malam tadi ronda-ronda Kuta tengok night life balik dalam pukul 3 pagi. Aktiviti hari terakhir hanyalah sambung beli-belah souvenir. Siap-siap terus ke mall Matahari, angkat beberapa helai t-shirt & cendramata. Makan tengahari di Restoren murah dan makanan pun sedap. Ronda-ronda bermotosikal je. Balik hotel kemas-kemas dan rehat. Dalam pukul 4 petang minta rakan hantar ke airport Ngurah Rai. Beliau tak balik sama sebab nak belajar surfing katanya tambah lagi 2 hari di sana. Duduk menunggu flight sampai pukul 8 malam dan selamat kembali ke malaysia. Tiba di LCCT dalam pukul 12 tengah malam.
*macam-macam ada dari baju sampai ke key chain..ada yang mahal & ada yang murah*
*ronda-ronda town sewa motor je, RP50K untuk 24 jam. Lesen ke helmet ke tak wajib janji pulas jalan *
*Warung Muslim Hasri, kalau turun Bali makan la kat sini gerenti sedap & murah*
*total = 13K murahkan? rasa pun macam lauk pauk kat Malaysia. Tapi aku syak makanan kat Malaysia yang macam kat sana sebab ramai hire indon jd tukang masak warung*
*sebelum balik sempat singgah monumen tragedi bom pada 2001 yang meragut ratusan nyawa clubbers*
p/s: last day malas bawak kamera, pakai kamera bb je.
*sebelum balik sempat singgah monumen tragedi bom pada 2001 yang meragut ratusan nyawa clubbers*p/s: last day malas bawak kamera, pakai kamera bb je.

No comments:
Post a Comment