28/5/2010
Dolphin dan Pantai LovinaHari ke-3, kalau ikut plan asal nak ke Pulau Nusa Lembongan tapi sebab kawan sudah lari bajet dan aku tak berapa berminat aktiviti-aktiviti snorkling ni kami pun tukar plan, iaitu main kejar-kejar dolphin dikala fajar menyinsing. Untuk aktiviti kejar-kejar dolphin ni perlu dilakukan di Pantai Lovina dan waktu dolphin ni muncul ke permukaan dalam pukul 6.30 - 8.00 pagi. Yang mencabarnya adalah perjalanan dari kuta ke lovina. perjalanan mengambil masa 3 jam naik kereta/van, jadi seawal pukul 3.30 pagi kami dah keluar. Jalannya pulak bukan highway tapi jalan biasa macam nak naik cameron highland, pehh memang tak dapat tido la, si supir nih pulak bawak macam tak ingat akhirat. Sampai Lovina dalam pukul 6.15 pagi kemudian mandi-mandi dan solat subuh selepas itu kami kena pulak pergi cari bot untuk disewa, kejar pakai bot ok bukan berenang. Harga 1 bot kecil tambah bawak pegi kejar-kejar dolphin selama 2 jam adalah sebanyak RP200,000 sekepala. Bot pun dah disewa, dalam pukul 6.45 kami pun bergerak ke tengah laut, laut di pantai Lovina ni agak tenang berbanding di Pantai Kuta. Bersama-sama kami bergerak, terdapat berpuluh-puluh bot juga mula membuat gerakan yang sama. Bila sampai di bahagian tengah sedikit akan ternampak la sekumpulan dolphin berenang-renang dengan sinkronasi yang sama dan kadang-kadang melompat tinggi, kemudian masuk semula kedalam air, kami pun tunggu lagi kumpulan dolphin yang lain kejar dan itulah aktiviti berulang kali dijalankan selama lebih kurang 2 jam.

*ketika fajar menyinsing*

*berbondang-bondang menuju ketengah lautan*

*boleh tahan susah gak nak tangkap gambo dolphin tengah lompat*

*kalau gua jadi dolphin pun takut nak timbul*
Pura Bataran, BedugulOk, selesai kejar-kejar dolphin, dalam pukul 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Pura Bataran di Bedugul. Pura ini terletak dikawasan tasik di lembah antara gunung. suhu yang sangat sejuk dan berkabus mengelilingi kawasan tersebut. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi, perut pun dah berbunyi sebab belum menjamah makanan sejak pagi lagi. Macam biasa supir tu ada restoren kroni tapi nasib dia kurang baik hari ni sebab masih pagi dan restoren tu masih belum buka lagi. Kebetulan sebelum sampai restoren tuh aku ternampak sebuah kedai makanan padang yang halal, jadi aku suggest la tempat tu. Yeahh makan soto harga pun murah. Selesai makan terus ke Pura Bataran pusing-pusing ambil gambo dan kami bersedia ke destinasi seterusnya iaitu Pura Taman Ayun.

*sejuk berkabus2 ..pukul 12.30tgh ..gua miss solat jumaat hari ni*

*kena naik sampan kot nak ke pura tuh*
Pura Taman AyunPura ini sejarahnya merupakan port raja lepak-lepak, macam istana la kot. dalamnya macam satu kompleks ada dewan, kuil, tempat bersemayam, tempat mandi dan macam-macam. Hanya jalan-jalan, pusing keliling dan tangkap gamba. Next kami ke Tanah Lot.

*Pintu masuk*

*hujan masa ni, gua pun malu2 nak kuarkan kamera takut basah*
Pura Tanah LotPura ni kira tempat wajib bagi pelancong, tak ke Bali la kalau tak ke tanah Lot. Pura ini terletak di atas batu di tepi laut. Kalau kena masanya waktu air pasang nampak macam pulau kecil. Pura ni paling ramai penganut hindu pergi sembahyang setiap hari, macam ada acara pulak. Tapi kebetulan kami datang tu semasa perayaan hari wesak, ramai juga oarang-orang dari tempat lain seperti jakarta datang sembahyang. HAbis tangkap-tangkap gambo kami terus balik ke hotel dalam pukul 4 petang kami dah berada di hotel semula.

*Air tengah pasang, kalau time sunset mmg cemerlang tempat ni. gua pg pukul 3 :)*
Kuta Beach & StreetMandi & tido-tido kejap kat hotel, dalam pukul 5.30 kami keluar semula. Kali ni jalan dekat-dekat je area Pantai Kuta. Tak perlu supir, kami sewa moto je..huhu baru boleh merempit. jalan-jalan kejap kat Pantai, singgah Hard Rock Cafe beli selai dua t-shirt dan beli t-shirt bali kat kedai-kedai cenderamata sepanjang jalan Kuta. Sebelum balik ke hotel singgah restoren <> yang harganya boleh tahan murah dan makanan pun sedap, memang rekomen makan kat sini. Balik hotel lepak kejap bersedia untuk aktiviti malam :)

*surfing cam bagus je mamat baju kuning..air rendah boleh la kah3*

*sesaklah pantai ni*

*cuaca agak baik petang tu*

*beli souvenir sikit, pakcik tuh baran sebab gua tak beli kat kedai dia*
bersambung di hari terakhir..