Ikan

Monday, May 7, 2012

Biru Itu Warnanya

Mood blogging kembali. Takda apa nak cerita, hanya update untuk kaki bola amnya dan fan chelsea khasnya. Chelsea juara Piala FA Inggeris, kali ke-4 dalam tempoh 6 tahun. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Dalam perlawanan yang mencemaskan tersebut Chelsea telah menewaskan pasukan yang bukan calangnya juga iaitu Liverpool dengan keputusan 2-1. Gol-gol Chelsea telah dijaringkan oleh Ramires & Didier Drogba, manakala satu gol Liverpool telah dijaringkan oleh Andy Carrol.

source: google

Trivia menarik Chelsea & Piala FA.
  1. Drogba menjadi pemain yg menjaringkan setiap gol dalam 4 kejuaran Piala FA yg dimenangi.
  2. John Terry mencatat rekod sebagai satu-satunya kapten yang yang menjuarai Piala FA 4 kali dalam kelab yang sama
  3. Ashley Cole mencatat rekod sebagai pemain Chelsea paling banyak memenangi kejuaraan Piala FA iaitu sebanyak 7 kali, 3 di Arsenal dan 4 di Chelsea.
Apa-apapun Piala FA ini tidak begitu mengujakan bagi aku sebab hujung bulan ini ada perlawanan akhir untuk kejuaraan yang paling diimpikan dan piala yang tidak pernah digengam oleh Chelsea iaitu Kejuaraan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) dimana dalam perlawanan tersebut akan berlangsung pada 19 Mei ini di Allianz Arena, Jerman. Pasukan Chelsea akan turun menentang pasukan tuan rumah Bayern Munich. Harap kali ini akan berjaya setelah gagal pada percubaan 2008 digagalkan oleh Manchester United di Moscow. KTBFFH!!!!!!

Sekian...

Friday, November 4, 2011

Fadhilat Jumaat

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

( Sumber : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/06/13/fadhilat-jumaat/ )